Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Muat Naik Gambar Tangan Di IG Story, Puteri Sarah Akhirnya Mengakui Ianya Milik Pelakon Dan Ahli Perniagaan Indonesia

by Puteri Alia
September 6, 2023
Share on Facebook

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana menjelaskan foto tangan seseorang yang dimuat naik dalam Instagram Story (IGs) adalah milik jejaka dari Indonesia yang juga pelakon dan ahli perniagaan, Andi Arsyil Rahman.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, berkata gambar itu dimuat naik ketika berbincang mengenai bisnes yang akan dijalankan bersama.

“Saya ke Jakarta, Indonesia sebab ada penggambaran, tetapi sekarang ada masalah sikit dan ditunda. Dalam masa sama, saya jalankan perniagaan.

“Namanya Andi dan pelakon dari Indonesia, tetapi sekarang memberikan fokus terhadap perniagaan.

“Secara kebetulan, kami berminat dalam perniagaan produk penjagaan wajah dan tudung. Saya buka di Malaysia, sekarang kami mahu lebarkan perniagaan bersama.

“Jadi, Andi adalah rakan niaga saya,” katanya.

Terdahulu, tindakan Puteri Sarah memuat naik foto tangan seseorang sedang memegang telefon bimbit di IGs mencuri tumpuan ramai, malah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Mengulas lanjut, Puteri Sarah berkata, dia mula rapat dengan jejaka itu apabila sudah beberapa kali bersua muka di Jakarta dan selalu bercakap mengenai bisnes yang dijalankan.

“Masa ke Jakarta untuk tujuan kerja, saya juga selalu bertemu dengan Andi dan berbincang mengenai hal perniagaan.

“Dia juga meluahkan hasrat melebarkan perniagaannya di Malaysia dan Singapura, jadi sejak itulah kami mula rapat.

“Bagaimanapun, kami bukan hanya berdua-duaan, tetapi ada ramai termasuk pengurus peribadi dan anak-anak saya,” katanya.

Ditanya mengenai status Andi, Puteri Sarah berkata, aktor berkenaan masih bujang dan selesa berkenalan dengannya.

“Takkan saya nak kacau orang punya. Kami selesa sebagai rakan kongsi dan jalankan perniagaan bersama,” katanya ditemui pada sidang media teater muzikal kanak-kanak, Pak Pandir & Labu Ajaib di Glass House, di sini, hari ini.

Puteri Sarah bakal menjayakan teater terbitan JN Studion & Entertainment dengan membawa watak antagonis bernama Ratu Sukma bersama barisan pelakon lain seperti Janna Nick, Bell Ngasri, Norreen Iman dan Aya Amiruddin.

Prihatin! Artis Malaysia Beli Makanan Online Untuk Diberikan Secara Percuma, ‘Rider’ Indonesia Terharu

Teater Pak Pandir & Labu Ajaib arahan bersama Aminah Rhapor dan Amar Reza Zainal Abidin akan dipentaskan di Istana Budaya antara 13 hingga 15 Oktober depan.

puteri sarah
https://lomp.at/bsqi2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Panggil Lagu Raya Sekarang Macam ‘Gampang’, Altimet Balas Ridhuan Tee

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Baru-baru ni, isu lagu raya moden kembali panas apabila Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan lagu raya zaman sekarang sangat...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Lokal

Siti Nurhaliza & Oddah Buat Trend ‘Scuba Dance’ Di TikTok, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
April 2, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada pelawak dan pengacara terkenal, Sharifah Shahirah iaitu Oddah mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di...

Read moreDetails
Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Berita

Fila Amir Bersyukur Berjaya Beli Rumah-“Menumpang Rezeki Anak…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pempengaruh dan usahawan, Fila Amir berkongsi khabar gembira apabila dia berja merealisasikan impiannya rumah sendiri, baru-baru ini. Fila atau nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara