Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Mus May Ditanya Antara Awie Wings, Amy Search & Nash Lefthanded, Siapa Lagi Power?”-Ini Jawapanya

by Jash Lee
April 6, 2023
2.2k
KONGSIAN
Share on Facebook

Mustaffa Din atau lebih dikenali sebagai Mus May merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia yang hebat. Beliau juga terkenal sebagai vokalis rock kumpulan May dan Wings.

Pada tahun 2020, beliau dinobatkan sebagai Naib juara dalam satu program realiti nyanyian iaitu Gegar Vaganza musim ke tujuh.

Mus pernah keluar dari kumpulan May dan seterusnya menyertai kumpulan Strangers. Namun kumpulan tersebut tidak mendapat sambutan dan Mus dijemput menyertai kumpulan Wings apabila ketika itu Awie keluar dari kumpulan tersebut dan bergerak solo. Kemudian apabila awie kembali menyertai Wings semula maka Mus kembali menyertai May. Begitu lah sejarah kenapa Mus menyertai tiga kumpulan tersebut.

Peminat Minta Mus May Jujur Mana Yang Lagi Hebat.

Terdahulu, di dalam satu video yang dikongsikan di youtube (tonton di sini), memaparkan Mus menjawab pertanyaan dari peminatnya.

“Jujur la bro, antara Awie, Amy, mana satu suara yang paling padu? bro memang kita tahu padu dari dulu hingga sekarang”-tanya mereka

Pertanyaan tersebut dijawab oleh Mus mengenai siapa diantara mereka yang mempunyai suara padu. Menurut Mus, kedua-dua mempunyai suara tersendiri. Semasa beliau memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, Amy Search merupakan orang yang terdahulu menyanyi darinya kemudian barulah Mus dan Awie.

VIA youtube

Mus juga sering melihat konsert-konsert mereka dan dia kagum kerana masing-masing mempunyai trademark tersendiri. Tambahnya lagi Awie merupakan idolanya kerana suara Awie yang besar dan lebar itu.

“Jadi kalau nak saya cerita siapa yang best, Amy dan Awie masing-masing mempunyai kelas tersendiri yang tidak dapat disamakan. kesemua penyanyi rock ketika itu perlulah mempunyai high pitch yang tersendiri termasuklah Nash dari kumpulan lefthanded. Walaupun masing-masing jerit tinggi haruslah mempunyai trademark sendiri.”-jawab Mus

Tambah Mus lagi, pada zamannya itu, jika tidak boleh menyanyi tidak akan ada peluang untuk menjadi penyanyi, sangat berbeza dengan zaman sekarang.

“17 Tahun Kenal Amy Search, Beliau Bukan Begini” – Shila Amzah Nafi Nabila Huda Punca, Minta Cari ‘Tangan Ghaib’ Cetus Provokasi

Apa kata anda, siapakah yang lagi padu suaranya?

amy searchawie wingsmus maynash lefthanded
Share860Tweet538SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem