Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Enfiniti Mohon Maaf, Tiket Muzikal Puteri Gunung Ledang Akan Dikembalikan Secara Berperingkat

Mungkin ramai yang kecewa apabila pihak Enfiniti (M) Sdn Bhd mengumumkan pembatalan Muzikal Puteri Gunung Ledang yang sebelum ini ditunda ekoran pandemik COVID-19.

by Arsiqin Yusof
May 25, 2022
Share on Facebook

Mungkin ramai yang kecewa apabila pihak Enfiniti (M) Sdn Bhd mengumumkan pembatalan Muzikal Puteri Gunung Ledang yang sebelum ini ditunda ekoran pandemik COVID-19.

Menerusi kenyataan rasmi yang dihantar kepada Murai MY, pihak Enfiniti akui telah meneliti semua aspek sebelum membuat keputusan tersebut.

“Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa komited dalam seni persembahan, kami percaya bahawa “the show must go on”. Namun begitu, dalam masa yang sama, kami tidak mampu menolak ada masanya keadaan sebaliknya akan berlaku. Setelah meneliti kesemua pilihan yang ada, kami dengan berat hati memaklumkan bahawa Muzikal Puteri Gunung Ledang yang sudah lama dirancang terpaksa dibatalkan,” katanya.

Kembalikan Tiket Secara Berperingkat

Dalam pada itu, pihak Enfiniti yang amat menghargai sokongan para peminat akan membuat pengembalian tiket secara berperingkat kepada mereka yang telah membelinya.

“Kepada semua pemegang tiket, kami amat menghargai sokongan dan timbang rasa anda. Berikutan pembatalan ini, kami akan mengembalikan bayaran pembelian tiket secara berperingkat bermula 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022. Dalam jangka masa 14 hari, anda akan menerima emel daripada kami berhubung butiran dan tindakan lanjut mengenai pemulangan bayaran secara online.

“Bayaran pemulangan akan dilakukan secara sistematik bersama agensi tiket, justeru, kami mohon anda
untuk bersabar sepanjang proses ini berlangsung,” tambahnya lagi.

Merendah Diri & Mohon Maaf

Tidak dilupakan, pihak Enfiniti juga memohon maaf atas segala kesulitan dan kekecewaan yang berlaku ekoran keputusan tersebut.

“Kami merendah diri memohon maaf atas segala kesulitan dan kekecewaan yang ditercetus disebabkan pembatalan ini. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang tiket Muzikal Puteri Gunung Ledang atas kesabaran dan pertimbangan anda pada waktu yang tidak terduga ini.

“Kami berharap agar anda akan terus menyokong industri seni persembahan yang telah terjejas teruk sejak dua tahun lepas,” katanya.

Apapun, karya Puteri Gunung Ledang yang digemari ramai menerusi filem dan pementasan teater yang terdahulu akan tetap dilihat sebagai kerja seni yang ikonik dan berprestij.

Semoga ada rezeki yang lebih baik menanti pihak Enfiniti (M) Sdn Bhd dan kita semua di masa akan datang.

batalMuzikalPuteri Gunung Ledang
https://lomp.at/68j17
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Foto - @amirulhakim_mustapha (Threads)
Lokal

[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik

by Nurul A.
March 16, 2026

Selepas sebelas tahun, penyanyi Mawi berkongsi satu pengalaman pelik  yang telah mengejutkan orang ramai. Pengalaman itu dialaminya sendiri selepas menjuarai...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara