Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026
Foto - The Star

Foto - The Star

3.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad.

Untuk rekod, MyKasih adalah sebuah program bantuan tunai yang disediakan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Penerima yang layak boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai terpilih.

Syarat Kelayakan 

Untuk menjadikan diri sebagai penerima yang layak, kamu perlu menepati beberapa syarat kelayakan seperti:

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Berstatus eKasih
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Bukan eKasih

Semakan Kelayakan MyKasih 

Pemohon boleh menyemak kelayakan MyKasih 2026 melalui dalam talian seperti:

1. Portal SARA [SEMAK SINI] 

  • Di portal Semakan Status MyKasih, masukkan nombor MyKad tanpa (-) di ruangan yang disediakan.
  • Tekan butang “Semakan Status” dan maklumat penerima akan dipaparkan.

2. Portal MySTR [SEMAK SINI] 

  • Masukkan nombor MyKad dan semak.
  • Isi ‘Kata Laluan’ yang dicipta semasa pendaftaran dan klik ‘Loh Masuk’.
  • Butiran maklumat penerima dan status kelayakan SARA dipaparkan.

Jumlah Bayaran Bantuan 

SARA MyKasih akan dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima mengikut jadual yang ditetapkan seperti:

1. Penerima berstatuskan eKasih:

  • Kategori isi Rumah: RM200
  • Kategori Warga Emas: RM150
  • Kategori Bujang: RM100

2. Penerima bukan eKasih: 

  • Kategori isi Rumah: RM100
  • Kategori Warga Emas: RM50
  • Kategori Bujang: RM50

Cara Gunakan SARA MyKasih Guna MyKad

  1. Pilih barangan keperluan asas yang layak dibeli dari 14 kategori yang mempunyai label SARA atau MyKasih di rak harga kedai runcit berdaftar.
  2. Tunjukkan MyKad di kaunter semasa hendak membayar sebagai pengesahan penerima bantuan.
  3. Juruwang akan mengimbas barangan terpilih.
  4. Masukkan PIN 6 digit anda untuk mengesahkan transaksi, dan nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik dari kredit dalam MyKad.
  5. Simpan resit sebagai bukti pembelian dan rujukan baki akaun.
Ramai Tak Tahu! Ini Tips Mudah 'Check' Barang MyKasih Supaya Tak Tersangkut Di Kaunter

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi MyKasih Foundation [www.mykasih.com.my], portal SARA [https://www.sara.gov.my/] atau hubungi talian bantuan MyKasih [03-7720 1800].

MyKasihmykasih 2026sara 2026str 2026
https://lomp.at/aclat
Share1240Tweet775SendShare

KINI TRENDING

SuaraNETZ

Tolak Stroller Anak di MITEC Tak Salah, Ini Nasihat Warganet Leraikan Pergaduhan di Threads

by Phic ARMAN
March 16, 2026

Menjelang tibanya Hari Raya Aidilfitri, suasana membeli-belah di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) semakin meriah… dan sesak! Orang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Mashallah, Sumpah Terkejut!”- Wanita Ini Teruja Tengku Ampuan Pahang Duduk Sebelah Masa Solat

by Phic ARMAN
March 10, 2026

Siapa sangka, pengalaman biasa-biasa boleh jadi once in a lifetime. Itu yang berlaku pada seorang wanita yang sedang menunaikan solat...

Read moreDetails
Insentif

RM5,000 Hingga RM20,000 Untuk Dunia Gaming! Dana eSukan KBS 2026 Kini Dibuka, Ini Cara Mohon

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam usaha memperkukuh industri digital negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) kembali mencuri perhatian dengan satu inisiatif yang cukup...

Read moreDetails
Insentif

Raya Sakan Jangan Sampai Terlepas! Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 Masih Dibuka Hingga 30 April

by Ayu Kamaruddin
March 23, 2026

Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang sedang sibuk dengan persiapan, ziarah keluarga dan menikmati momen bersama insan tersayang....

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Masalah Teknikal Lagi? Laluan Kelana Jaya Kembali Uji Kesabaran Pengguna Waktu Puncak

by Noe
February 24, 2026

Perkhidmatan tren kendalian Rapid KL sekali lagi menjadi perhatian apabila pengguna meluahkan rasa kecewa susulan gangguan pada waktu puncak pada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara