• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nadeera Cipta Rekod, Kini Menjadi Penyanyi Nombor 1 Di Semua Platform Digital!

by Naddy Joe
February 25, 2025
Share on Facebook

Penyanyi yang juga bintang Rocketfuel Entertainment, Nadeera terus mencipta fenomena selepas persembahan luar biasanya di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Meskipun bergelar naib juara, Nadeera berjaya mencuri perhatian peminat dan pemerhati industri muzik dengan vokal luar biasa dan persembahan penuh emosinya yang meninggalkan impak mendalam.

Nombor 1 Di Semua Platform Utama

Selepas AJL39, lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera muncul sebagai lagu paling banyak distrim di Spotify Malaysia, Apple Music Malaysia, YouTube Music Malaysia dan dimuat turun di iTunes Music Malaysia mengatasi semua lagu lagu domestik dan antarabangsa.

Lebih menarik lagi apabila lagu tersebut juga tersenarai antara salah sebuah lagu di antara tiga buah lagu artis Malaysia yang pernah mencecah nombor satu di ‘Carta Spotify Malaysia Daily Top Song’ selain lagu Hasrat dari Amir Jahari dan Suasana di Hari Raya oleh Anuar & Ellina.

View this post on Instagram

A post shared by HH (@haelhusaini)

Lagu ‘Bukan Lagi Kita’ yang juga menjadi OST drama popular terkini ‘Curang Tanpa Niat’ juga menguasai YouTube dengan lebih 5 Juta tontonan untuk muzik video lagu tersebut.

Kejayaan ini sekaligus mengukuhkan kedudukan Nadeera sebagai salah seorang artis terlaris di pasaran digital masa kini. 

Nadeera Menghargai Peminat

Nadeera turut menitipkan rasa syukur di atas sokongan yang luar biasa, selain berkongsi impiannya untuk berada di atas pentas AJL akhirnya termakbul.

“Saya sangat sangat bersyukur dengan sokongan yang luar biasa ini. Impian saya untuk berada di pentas AJL sejak dari dahulu lagi akhirnya termakbul dan sewaktu saya berdiri di pentas AJL39, saya hanya mahu menyampaikan lagu dengan sepenuh hati.

Melihat reaksi positif daripada semua orang adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi saya. Dan ini adalah permulaannya, saya akan terus bekerja keras untuk memberikan yang terbaik buat peminat semua.”-kata Nadeera

Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat dan kerja kerasnya kini diiktiraf oleh peminat yang terus menyokong karya muziknya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Nadeera dan perkembangan terkininya, sila ikuti akaun rasmi di platform media sosial dan digital.

Nadeera
https://lomp.at/kzq4l
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Dimasukkan Ke Hospital, Sempat Pesan- “Jangan Lupa Minum Air Guys..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Perkongsian personaliti media sosial, Khairul Aming mencetuskan pelbagai reaksi peminat selepas dia terpaksa dimasukkan ke salah sebuah hospital di ibu...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”

by Naddy Joe
December 23, 2025

Personaliti media sosial dan anak perempuan kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona mencetuskan rasa terhibur netizen selepas...

Read moreDetails
Foto - @jibreelhq (IG) / @adira.suhaimi (IG)
Lokal

Perjelas Status Perkahwinan Dengan Datuk Red, Adira Tegas Tidak Pernah Rujuk

by Nurul A.
January 20, 2026

Penyanyi Adira Suhaimi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia telah rujuk semula dengan bekas suami, Datuk Red seperti yang tular sebelum...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore