• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nadia Annuar Kesal Dihina Selepas Buka Tudung?-“Kalau Saya Tak Maafkan…”

by Naddy Joe
May 29, 2023
Share on Facebook

Bekas personaliti televsiyen yang juga anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Kak Ton iaitu Nadia Annuar telah memberikan ‘kejutan’ di media sosial selepas dilihat telah membuka hijab pada hari lahirnya yang ke-39 baru-baru ini.

Dihina Buruk, Tua, Dahi Luas, Hidung Yahudi

Terkini, Nadia Annuar menerusi hantaran di Insta Stories, tampil memberi peringatan serta mempersoal tindakan netizen yang memberi penghinaan buruk kepada dirinya selepas tampil membuka tudung.

“Saya nak ingatkan sikit, tujuan saya tidak off comment selama ini adalah kerana saya anggap semua followers adalah seperti keluarga saya. Jadi tidak salah saya on comment untuk menerima teguran daripada anda semua sebab saya tau salah saya.

Menegur tu tak salah tapi menghina itu bukanlah cara untuk menasihati. Contoh hinaan seperti buruk, tua, dahi luas, hidung yahudi, telinga capang, bodoh, bangang dan lain-lain. Adakah anda pernah berfikir bahawa anda sedang menghina ciptaan Allah SWT dengan alasan ‘menegur’?.”-tulis Nadia di Insta Stories

“Kalau Saya Tak Maafkan Awak Macam Mana?..”

Ada yang “memohon maaf” selepas menghina penampilannya, Nadia meminta pengikutnya di media sosial agar tidak menambah dosa sesama manusia.

“Bila dah hina, kadang-kadang ada satu ayat ‘maaflah ye’. Kalau saya dosa dengan Allah SWT, Allah Maha Pengampun tapi saya manusia yang hina. Kalau saya tak maafkan awak macam mana?.

Jadi tak payahlah tambah dosa kita sesama manusia. Saya rasa bersalah kalau saya menjadi punca yang membuatkan hidup awak yang suci tu tercemar.”-tulis Nadia lagi

Kita doa yang baik-baik sahajalah buat dia ya…

Nadia Annuar Bidas Individu Persoal Status Janda- "Kenapa? Malu Sangat Ke Jadi Janda?"
Nadia Annuar
https://lomp.at/m9c31
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Lokal

Peminat Puji Anak Sulung Ziana Zain, – “Menjadi-jadi Handsome, Bakal Pramugara Juga Ke?”

by Zaidin Albert
April 26, 2023

Dalam menyambut 1 Syawal baru-baru ini, penyanyi popular Ziana Zain tidak melepaskan peluang berkongsi gambar bersama keluarga. Sebelum ini Ziana...

Read moreDetails
Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore