• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Sampai Tak Menegur? Pendedahan Nadir Al-Nuri Mengenai Misi Bantuan UEL Ke Gaza Tular Di Twitter

by Naddy Joe
July 21, 2021
138
KONGSIAN
Share on Facebook

Nadir Al-Nuri atau nama penuhnya Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memberikan pandangan peribadinya sewaktu ketibaan pasukan Ustaz Ebit Liew ke Gaza untuk memberikan bantuan.

Tampil Beri Penjelasan

via NONA

Menerusi Telegram, Nadir memberikan penjelasan setelah menerima pelbagai persoalan, cacian dan fitnah daripada kalangan mereka yang tidak mengenali dirinya.

“Secara peribadi saya tidak pernah menyimpan perasaan dengki, iri hati apalagi memperlekehkan perjuangan seseorang yang umum mengetahui adalah seorang insan hebat dan terkenal di bumi Malaysia.

Terlebih dahulu saya juga meminta maaf sekiranya kata-kata saya sebelum ini disalahertikan atau ditafsirkan oleh pihak media, tim EL dan masyarakat sebagai unsur-unsur dengki atau mengejek, walau jauh sekali di lubuk hati saya berfikir sedemikian.”-Nadir Al-Nuri

Akui Gembira Setelah Mengetahui Kedatangan UEL Ke Gaza

Nadir mengakui berasa gembira setelah mengetahui akan kedatangan UEL ke Gaza. Dia turut menjelaskan bahawa dia telah dihubungi oleh Ustaz Zul (pasukan UEL) yang bertanya mengenai prosedur yang perlu dilakukan untuk menyampaikan bantuan kepada bumi Gaza.

“Dengan segera saya terus menghentikan sementara kerja-kerja harian saya untuk mengutamakan penyediaan kertas kerja pek makanan secara terperinci dan menghantar semula kepada individu dari tim EL.

Selepas beberapa hari berlalu dan tiada sebarang maklum balas atau respon daripada tim EL maka saya meneruskan kerja-kerja bantuan dari NGO lain dengan mengandaikan tim EL terlalu sibuk dengan bantuan khidmat di Malaysia disebabkan PKP.”-Nadir Al-Nuri

via Telegram Nadir Al-Nuri
via Telegram Nadir Al-Nuri

Cuba Hubungi Pasukan UEL Namun Tiada Respon

Nadir turut menjelaskan setelah UEL dan pasukannya tiba di Cairo, Mesir, beliau cuba untuk mengubungi mereka beberapa kali, namun tiada respon yang diberikan. Nadir turut mempersoalkan tindakan mereka yang mendiamkan diri dan turut menjelaskan bahawa adalah lebih jika mereka menceritakan perkara yang sebenar ketika ratusan juta rakyat Malaysia risau dengan keadaan UEL sepanjang menjalankan misi di sana.

“Semasa pasukan EL di Cairo, saya cuba beberapa kali untuk berhubung dengan tim EL untuk mendapatkan perkhabaran tetapi tiada sebarang maklum balas. Sehingga rakyat Malaysia dan media menjadi risau tentang kehilangan ‘Hero Malaya’. Selama sebulan pasukan EL terus sepi, timbul pelbagai spekulasi keselamatan terancam dan sebagainya, walaupun hakikat ia jauh dari kebenaran.

Pasukan dimaklumkan rakan-rakan di Cairo masih di bilik hotel, boleh pergi bersiar-siar di kawasan pelancongan Husein dan melawat piramid (seperti post oleh PAnya) sambil menunggu usaha agar diberi kebenaran memasuki ke Gaza.”-Nadir Al-Nuri

via Telegram Nadir Al-Nuri

Dakwa UEL Tidak Menegur & Bersalaman Dengannya Walaupun Hanya Berada Di Sebelah

Nadir Al-Nuri mendakwa UEL yang berada di sebelahnya tidak menegur dan bersalaman dengannya. Walaubagaimanapun , dia bersangka baik dan menyangka UEL hanya penat untuk sampai ke destinasi tersebut.

“Saya ditolak wakil Kementerian Luar berada di barisan hadapan menyambut rombongan dan apabila turun dari bas, sebahagian tim bersalam sedangkan separuh lagi termasuk EL berjalan jauh daripada saya. Tidak ada sepatah kata pun dituturkan oleh seluruh tim kepada saya melainkan ‘bodyguard’nya yang terus menegur dan membisik ke telinga saya, awak orang Malaysia kan, jangan buat LIVE ya, kita dah ada Astro di sini (Rujuk Video).

Pelik dan terkejut, ketika itu saya menyedari kehadiran saya tidak disenangi. Saya berjalan di belakang rombongan, cuba menjauhkan diri tetapi apabila EL diminta duduk di kerusi VIP, wakil Kementerian Luar memanggil saya dan meminta saya duduk di sebelahnya. Saya menolak kerana tidak mahu menimbulkan suasana tidak selesa tetapi setelah dipaksa, saya akur.

Mereka bangun untuk solat dan saya memerhatikan dari jauh, cuba memahami apa yang sedang berlaku. Beberapa keping gambar diambil untuk memaklumkan kepada pihak berwajib bahawa mereka telah selamat sampai, tiba-tiba ‘bodyguard’ yang sama datang lagi.”

Diminta Oleh Pasukan UEL Untuk Memadam Foto Dan Video

via Telegram Nadir Al-Nuri

Nadir turut mendedahkan bahawa dia diminta untuk memadam gambar dan video yang diambilnya, dan akui berasa terkilan apabila diminta berbuat sedemikian.

 “Saya tidak minta dihormati, saya tidak minta dipuji, cita-cita saya hanyalah untuk membantu dah berkhidmat sedaya mungkin menjayakan misi Tim EL atau paling kurang dapat bersalam dengan beliau! Tetapi saya di tegur dengan agak keras oleh wakil Tim EL sehinggalah saya melenting lalu beliau meminta maaf dan menyebutkan hanya menurut arahan sahaja.

Semenjak peristiwa itu saya langsung tak mengambil tahu perkembangan mereka walaupun dijemput Kementerian Luar meraikan kehadiran mereka apabila mereka diberikan sijil Duta Muhibbah. Saya malas mengambil tahu apa keperluan dibuka ‘rumah anak yatim’ sedangkan faktanya di seluruh Gaza ada 20,000 anak yatim tetapi hanya ada satu rumah anak yatim di sini, Ma’ahad Al-Amal yang menempatkan hanya 120 anak yatim kerana budaya di sini yang tidak membenarkan anak-anak yatim tinggal di rumah anak yatim malah dijaga oleh keluarga kembangan.”-Nadir Al-Nuri

Di akhir coretannya, Nadir Al-Nuri sekali lagi memohon maaf dan meminta pasukan UEL untuk memberikan penjelasan yang sebenar kepada rakyat Malaysia.

Source: Telegram Nadir Al-Nuri
Nadir Al-NuriUstaz Ebit Lew
https://lomp.at/vokc9
Share55Tweet35SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

[VIDEO] Cik B Turun 15 Kg Dalam Masa 2 Bulan, Amalkan Diet Yang Sihat

by Noah Ab
October 2, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Cik B memberitahu bahawa mengapa beliau memutuskan untuk menurunkan berat badannya itu. Cik...

Read more
Personaliti

“Saya Doa Semoga Masa Depan Kita Sentiasa Indah..”-Raja Muda Selangor

Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan doa agar masa...

Read more
by Naddy Joe
September 26, 2025
Personaliti

Tokoh Maulidur Rasul 2025: Khairul Aming Buktikan Usahawan Juga Layak Diangkat

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, meluahkan rasa terkejut apabila diumumkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul (Usahawan)...

Read more
by Aphit J.
September 6, 2025
Personaliti

“Tak Percaya Sekalipun Tak Merugikan Saya” – Kim Seri Bidas Netizen Dakwa Dirinya Show Off Tiada Rekod Jenayah

Nama Kim Seri sekali lagi jadi sebutan hangat netizen apabila pempengaruh kontroversi itu memuat naik Certificate of Good Conduct (Sijil...

Read more
by Aphit J.
August 17, 2025
Foto - @fitryramly (Threads) / @missfazura (IG)
Lokal

[VIDEO] Pesona Keayuan Sultanah Bahiyah Curi Perhatian, Ada Yang Samakan Wajah Dengan Fazura

Beberapa hari ini, telah tular sebuah video di media sosial, terutamanya platform Threads yang memaparkan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul...

Read more
by Nurul A.
October 1, 2025
Personaliti

Macam Baru Kahwin Semalam! – Faisal Halim & Isteri Kembali Mesra

Sebelum ini, kecoh dimedia sosisl bahawa isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahri, telah...

Read more
by Aphit J.
September 13, 2025
Personaliti

[VIDEO] Aksi Tengku Hassanal Main Sukan Polo, Raih Perhatian Warganet

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan...

Read more
by Noah Ab
July 31, 2025
Personaliti

[VIDEO] “Saya Kagum You Boleh Menari & You Boleh Buat Benda Ni”- Sultan Pahang

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @gomalaysia yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan,...

Read more
by Noah Ab
October 9, 2025
Personaliti

Selepas Lebih 10 Tahun, Che Nom Umum Undur Diri Dari Dunia Influencer!

Selepas lebih satu dekad menjadi antara nama paling dikenali dalam dunia masakan digital Malaysia, Che Nom mengumumkan pengunduran dirinya daripada...

Read more
by Aphit J.
August 2, 2025
Personaliti

[VIDEO] Netizen Teruja Lihat Aliff Syukri ‘NORMAL’ Bila Jumpa Tengku Hassanal

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan usahawan terkenal Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang berjumpa dengan Tengku Hassanal....

Read more
by Noah Ab
September 24, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  3. 3

    Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

  4. 4

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan ‘Prank’ Qadejah Buatkan Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem