• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nadira Caliph Busker Dedah Sudah Bercerai 2 Tahun Yang Lalu

by Khai Azfar
January 28, 2020
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendedahan yang mengejutkan telah dibuat oleh vokalis wanita kumpulan Caliph Buskers, Nadira yang mengesahkan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya, Fendy Adlun yang juga pemain drum kumpulan itu sejak dua tahun yang lalu.

Enggan Jadi Salah Faham 

Menerusi laman Instagram nya, Nadira atau nama sebenarnya Nurnadira Rubiana menjelaskan bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk mendedahkan mengenai hubungan mereka agar tidak menjadi salah faham atau tanda tanda dari mana-mana pihak selepas ini.Akui tidak ingin menginginkan perpisahan terjadi diantara mereka, namun dia menganggap ini adalah jalan yang terbaik dan redha dengan ketentuan-Nya.

“Dua tahun merahsiakan, jalan yang terbaik adalah berterus-terang agar tiada lagi kekeliruan dan tanda tanya dari mana-mana pihak.

“Tiada siapa yang inginkan perpisahan. Namun sebagai manusia, siapa kita untuk menidakkan apa yang sudah tertulis.

“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya, aku redha dengan ketentuan ini. Allah takkan turunkan sesebuah ujian jika kita tidak mampu untuk menghadapinya,” kongsinya.

Mahu Terus Berkawan 

Biarpun sudah berpisah, namun menurut Nadira dia mengharapkan agar mereka dapat terus kekal menjadi sahabat. Bukan sahaja sebagai satu kumpulan malah turut membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang. Dikesempatan itu, penyanyi ini juga mendedikasikan ucapan terima kasih buat Fendy kerana menjaganya selama ini selain mendoakan agar bekas suaminya itu dipertemukan dengan seorang insan yang lebih baik.

“Terima kasih kerana telah menjagaku walau dalam waktu yang singkat. Berjuta kemaafan ku pohon dari hati yang terdalam.Aku mohon ampunkan segala salah silap sepanjang beberapa tahun aku menjadi isteri, halalkan segala makan minumku selama ini.Meski pun jodoh kita tak panjang, jangan anggap ini sebagai yang terakhir untuk kita.

Tapi anggaplah ini sebagai satu titik permulaan untuk kita memulakan cerita baru, juga langkah baru dalam fasa kehidupan yang baru.Aku doakan semoga kau berbahagia, moga dipertemukan dengan insan yang lebih baik”

https://www.instagram.com/p/B7yesFZnosQ/

Nadira dan Fendy telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nurazalea Zafirah yang kini berusia lima tahun.

caliph buskersnadira caliph buskers
https://lomp.at/6s8iw
Share12Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Iman Troye Kongsi Foto Jejaka Misteri, Ada Yang Dakwa Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
December 1, 2025

Perkongsian terbaharu penyanyi, Iman Troye di akaun TikTok miliknya mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen, Menerusi hantaran tersebut, Iman Troye...

Read more
Gossip

Sufi Rashid Kesal Sabronzo Dikecam Isu Kahwin-“Dia Tak Buat Salah Pun, Kahwin Kot..”

Penyanyi, Sufi Rashid meluahkan rasa kesal melihat ahli kumpula DOLLA iaitu Sabronzo yang dikecam netizen selepas mendirikan rumah tangga bersama...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Gossip

KRU Beri ‘Hint’ Juliana Banos Akan ‘Perform’ Di Konsert GenKRU Finale?

Kumpulan muzik pop dan hip hop terkenal, KRU mencetuskan rasa teruja netizen apabila memuatnaik satu foto di media sosial, baru-baru...

Read more
by Naddy Joe
November 18, 2025
Gossip

“Pulangkan Cawan Saya!” – Sweetnya Nora Danish & Mickey Ayo

Haa… nampaknya ada couple baru yang sedang jadi perhatian netizen sekarang, Nora Danish dan jejaka kacak dikenali sebagai Mickey Ayo!...

Read more
by Zaidin Albert
October 15, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore