• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Tular Apabila Digelar ‘Bisnes Air Liur’, Najib Asaddok Dedah Asal Diri Orang Susah

Baru-baru ini, tular apabila usahawan Najib Asaddok menerima pertanyaan netizen yang mempersoalkan perniagaan apa yang dijalankannya sudah berjaya hingga layak mengajar orang lain tentang ilmu pemasaran.

by Arsiqin Yusof
August 17, 2022
Share on Facebook

Baru-baru ini, tular apabila usahawan Najib Asaddok menerima pertanyaan netizen yang mempersoalkan perniagaan apa yang dijalankannya sudah berjaya hingga layak mengajar orang lain tentang ilmu pemasaran.

Pertanyaan itu diajukan ketika Najib atau nama lengkapnya Mohd Najib Asaddok, 39, sedang membuat sesi siaran langsung di media sosial.

Seterusnya sesi itu mendapat komen beberapa pengguna laman sosial mempertikaikan kejayaan diraih hanya dengan ‘menjual air liur’.

Tak Mahu Ambil Pusing

Namun, Najib yang juga pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd sejak 2014 lalu enggan ambil pusing segala komen yang dilontarkan.

“Ketika buat sesi siaran langsung itu, saya sedang membincangkan topik agak serius berkaitan isu peniaga yang mengalami kejatuhan dalam jualan. Tapi, apabila terdapat komen dan soalan sama berulang kali, ia lebih kepada provokasi dan berniat nak menjatuhkan kredibiliti. Saya juga orang biasa yang mempunyai emosi dan perasaan.

“Pada masa sama, ramai lagi memberikan komen positif dan sokongan yang mana mereka berkongsi kisah kejayaan dalam perniagaan selepas mengikuti kelas saya. Bagi saya, ini lebih menggembirakan serta memberi semangat pada saya,” katanya.

Berniaga Sejak Bangku Sekolah

Dalam pada itu Najib menambah, dia sudah mula berjinak dalam perniagaan sejak bangku sekolah lagi demi mahu mengubah nasib diri dan kehidupan keluarganya.

“Pada usia 11 tahun ayah saya meninggal dunia. Ketika itu mak hanya pekerja kilang dengan pendapatan RM300 hingga RM500 sebulan. Malah, sejak kecil lagi saya bersama lima beradik lain tinggal dengan datuk. Dengan bantuan datuk juga, kami adik beradik cukup makan, pakai dan sekolah.

“Dari sekolah lagi saya sudah berniaga dengan terbabit sebagai ketua koperasi di sekolah menengah dan menjadi Ketua Kelab Usahawan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar. Pada 2004 saya sudah mula membuat perniagaan jualan langsung yang mana ketika itu masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

“Kemudian, pada 2006 hingga 2008 saya terbabit dengan perniagaan menjual produk kesihatan. Saya buat jualan di sekolah, buka ‘booth’, masuk ekspo dan beberapa pejabat kerajaan. Dalam masa sama, sepanjang tempoh itu juga saya mula menjadi pelatih dengan memberi latihan kepada orang yang mahu mula berniaga. Semua yang saya buat ini bukan semata mata minat, tapi terpaksa sebab saya berasal daripada keluarga susah,” katanya.

Kata Najib, dia mula terlibat dalam bisnes latihan atau ‘coaching’ sejak ditanya rakan-rakan tentang bagaimana dia boleh menjana pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM50,000 sebulan pada sekitar 2009.

“Semua kawan bertanya macam mana saya boleh jualan hingga mencecah angka itu. Dari situ saya buat bisnes ‘coaching’ atau latihan hingga sekarang. Kebanyakan orang faham apabila berniaga hanya secara ‘offline’. Apabila mereka mula menyedari perniagaan dalam talian, saya ajar mereka cara nak bermula termasuk penggunaan ayat yang sesuai untuk tarik minat pelanggan.

“Alhamdulillah, pada 2020 saya membuat satu kelas berskala besar yang dihadiri 5,500 individu yang terdiri daripada usahawan pelbagai industri dan latar belakang. Pengalaman yang ada sepanjang terbabit dalam perniagaan dalam talian saya kongsikan kepada mereka. Ini juga berkat hasil saya berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” katanya.

Menurutnya lagi, syarikatnya sudah berjaya membantu lebih 400,000 usahawan menerusi e-book, video, buku, kelas dalam talian dan ‘offline’ yang dibuat secara percuma.

“Perjalanan untuk berjaya ini bagi saya kejayaan milik semua orang. Sesiapa saja berhak untuk berjaya. Bila ada niat kuat nak bantu orang sekeliling, insya-Allah dipermudahkan.

“Dari buku, e-book, video semua saya berikan percuma. Sebab saya tahu ramai nak mulakan bisnes tapi tidak ada duit macam mana saya dulu. Jadi, saya mahu mudahkan mereka. Dari situ juga, skala makin besar sampai sekarang. Daripada bises ‘air liur’ ini juga banyak jenama dan perniagaan yang kita bantu hingga berjaya. Itu juga dengan izin Allah,” katanya.

Bersyukur

Najib juga bersyukur kerana berjaya membelikan rumah buat ibu dan ibu bapa mertua selain telah menghantar ibunya menunaikan ibadah haji pada 2019.

“Alhamdulillah, saya sudah berjaya membelikan sebuah rumah buat mak dan ibu bapa mertua. Pada 2019, saya hantar mak menunaikan haji. Baru-baru ini pula, saya membawa membawa isteri dan kedua mentua menunaikan haji. Rezeki nak tolong keluarga, Allah permudahkan semuanya,” katanya.

Najib Asaddok
https://lomp.at/8p508
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @qadejah_terlajaklaris (IG) / @shahidadherbs2 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”

by Nurul A.
November 25, 2025

Sama seperti anak perempuan lain, Qadejah El Zahra iaitu anak kepada pasangan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida...

Read more
Lokal

Natasha Hudson Kembali Freehair, Padam Semua Gambar Berhijab Dan Tampil Tanpa Tudung Di Pantai

Pelakon dan model terkenal Natasha Hudson sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dilihat memadam semua foto dirinya berhijab di laman...

Read more
by Puteri Alia
October 20, 2025
Lokal

Dihalang Jumpa Isteri, Kamal Adli Hadiahkan Telekung Buat Uqasha Demi Pujuk Hati Yang Tertutup

Bagi memujuk insan tersayang yang kini menjauh, pelakon Kamal Adli memilih cara paling lembut dan penuh simbolik, menghadiahkan sepasang telekung...

Read more
by Puteri Alia
October 28, 2025
Lokal

Dai Syed Titip Rasa Syukur Isteri & Bayi Selamat Discaj Dari Hospital-“Fatma Nour Dah Jadi Kakak…”

Pendakwah selebriti, Da'i Syed menitipkan rasa syukur apabila isteri dan anaknya selamat discaj dari hospital setelah melahirkan cahaya mata kedua...

Read more
by Naddy Joe
October 24, 2025
Filem

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

Astro sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai peneraju hiburan tanah air dengan mempersembahkan sebuah siri baharu di bawah francais popular ‘Hikayat’...

Read more
by Aphit J.
November 1, 2025
Lokal

“Kembalikan Rotan!” – Nadzmi Adhwa Bersuara Lepas Kes Rogol Dan Tikam Pelajar Gegar Negara

Pelakon Nadzmi Adhwa tampil bersuara mengenai peningkatan kes jenayah di sekolah yang semakin membimbangkan, menyarankan agar hukuman merotan dikembalikan semula...

Read more
by Puteri Alia
October 16, 2025
Lokal

Dayang Nurfaizah Nafi Beri Flying Kiss Untuk Hael Husaini

Penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah tampil menafikan dakwaan kononnya aksi ‘flying kiss’ yang dilakukannya ketika persembahan Janji With Dayang di Menara...

Read more
by Puteri Alia
September 29, 2025
Lokal

“Saya Tak Beradab, Saya Mohon Maaf” – Nadzmi Adhwa Akui Silap Persoal Petugas Klinik Tengah Rehat

Pelakon Nadzmi Adhwa tampil memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya mempersoalkan ketiadaan petugas kaunter di sebuah klinik kesihatan tanpa menyiasat...

Read more
by Puteri Alia
November 7, 2025
Lokal

Bella Astillah Ganti Syed Saddiq, Kini Penyampai Rasmi Era FM

Bella Astillah terus membuktikan dirinya sebagai artis serba boleh apabila secara rasmi dilantik sebagai penyampai radio Era FM bermula hari...

Read more
by Puteri Alia
September 22, 2025
Lokal

Tiz Zaqyah Bakal Nikah Dengan Kenalan Zaman Kanak-Kanak? – Hantaran ‘Doakan Kami’ Nas Amer Cetus Spekulasi Hangat

“Assalamualaikum, doakan kami semoga Allah permudahkan segala urusan.” Demikian luahan penuh makna oleh seorang lelaki bernama Nas Amer di Instagram...

Read more
by Puteri Alia
November 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang-“Kau Masih Bangga Dengan Kacang Masin..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore