Monday, August 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Nak Panggil Datuk Boleh, Panggil Zhafran Lagi Bagus” – Suami Fouziah Gous

by Khai Azfar
April 10, 2018
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini, murai.my pernah menyiarkan artikel dimana pelakon Fouziah Gous sebenarnya bergelar Datin selepas tular seketika mengenai keratan akhbar yang tertera nama suaminya sebagai Datuk Zhafran Md Yusof.

Sudah Lama Terima Gelaran

Terbaru, suami kepada pelakon cantik itu mengesahkan dia sebenarnya sudah lama menerima pingat yang membawa gelaran Datuk, cuma ianya sengaja tidak dihebahkan.

Tambahnya gelaran itu hanya digunakan untuk urusan rasmi pekerjaannya sahaja dan turut menyatakan bahawa dia sememangnya tidak mempunyai masalah untuk sesiapa sahaja memanggilnya dengan gelaran itu mahupun namanya sendiri.

“Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan. Sekarang bila semua dah tahu, nak panggil Datuk boleh, nak panggil Zhafran pun lagi bagus. Saya tak ada masalah,”

Fouziah Tiada Masalah

Ketika ditanya mengenai Fouziah pula mengenai gelaran yang bakal digunakan, Zhafran berkata isterinya itu juga tidak kisah untuk digelarkan sebagai Datin mahupun Fouziah. Malah isterinya juga selesa jika dipanggil sebagai Fouziah sahaja.

“Nak panggil Fouziah boleh, nak panggil datin pun terpulanglah. Namun kalau ikut beliau, selesa dipanggil Fouziah sahaja. Cuma kalau acara rasmi bersama saya, tak boleh elak. Bagi kami okay sahaja”

‘Humble’ bukan? Teringat pula pada coretan kami yang lalu mengenai Vivy Yusof dan suaminya juga sebenarnya bergelar Datuk dan Datin.

Sumber Sinar Harian 

datin fouziah gousdatuk zhafranfouziah gouszhafran md yusof
https://lomp.at/1vuje
Share7Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  5. 5

    [VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem