• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Nazmi Nordin Kongsi Pengalaman & Kesan Disuntik 2 Kali Vaksin

by Khai Azfar
February 27, 2021
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak pengumuman kerajaan mengenai pemberian vaksin COVID-19 kepada seluruh rakyat Malaysia, pelbagai reaksi telah diberikan oleh mereka.

Dr Nazmi Antara Rakyat Malaysia Terawal Terima Vaksin

Meskipun rata-rata rakyat Malaysia menyambut baik vaksin tersebut namun terdapat segelintir daripda mereka masih mempertimbangkan untuk mengambilnya kononnya memberikan kesan yang akan memudaratkan kesihatan kelak. Berkongsi pengalamannya disuntik vaksin sebanyak dua kali, pelakon dan model yang kini menetap di Ajman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Nazmi Nordin antara rakyat Malaysia terawal menerimanya.

Menurut Nazmi atau nama sebenarnya Mohd Nazmi Che Nordin,31 vaksin yang diterimanya adalah jenis Sinopharm yang dihasilkan oleh Beijing Institute of Biological Products Co. Ltd manakala di di Malaysia akan menerima vaksin jenis pfizer (mRNA) dihasilkan oleh Pfizer-BioNtech. Dedah Nazmi, dia menerima suntikan pertama pada 27 Disember 2020 dan suntikan kedua pada 17 Januari lalu memandangkan UAE antara negara terawal mendapat bekalan vaksin.

Akui Ada Kesan Sampingan 

Bercakap mengenai kesan suntikan tersebut, pelakon yang berasal dari Perlis ini akui mengalami kesan sampingan sementara namun bergantung kepada individu. Tegasnya lagi, kesan ini adalah normal memandangkan badan sedang menghasilkan antibodi yang baharu.

“Suntikan pertama, saya hanya mengalami sedikit pening kepala, tapi tak lama, dalam 15 hingga 20 minit. Suntikan kedua, saya tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Alhamdulillah. Kesan sampingan untuk setiap orang adalah berbeza-beza. Ada yang demam, lenguh pada tempat suntikan,letih,lesu,loya dan muntah.Tapi jangan risau sebab ini semua normal” kata Nazmi ketika dihubungi Murai.my

Titip Pesanan Buat Rakyat Malaysia 

Ketika ditanya mengenai golongan anti vaksin, jelas Nazmi dia menghormati pandangan masing-masing namun dalam masa yang sama dia mengharapkan agar rakyat Malaysia untuk menerimanya memandangkan wabak ini sudah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia.

“Saya bukanlah anti kepada golongan anti-vaksin di luar sana yang mengatakan COVID19 ini ialah propaganda pihak tertentu, untk mengaut keuntungan dan sebagainya. Virus ini bukanlah gurauan. Ia adalah benar dan boleh mnyebabkan kematian. Cuba lihat pada angka kematian di seluruh dunia disebabkan COVID-19”

“Oleh itu, nasihat saya kepada rakyat Malaysia, sila dapatkan vaksin COVID-19 jika diberi peluang. Sebab apa? COVID-19 merupakan virus baru yang melanda seluruh dunia. Jadi badan kita memerlukan “senjata” baru utk melawan virus ni. Sebab tu vaksin khas utk melawan wabak ini diwujudkan untuk merangsang badan kita mendalami antibodi yang khusus kalau kita dijangkiti COVID-19.Pendek kata, vaksin ini membantu untuk menguatkan lagi sistem imunisasi dalam badan kita”

“Saya harap minda kita terbuka luas dalam menangani atau memutuskan rantaian COVID-19. Jangan berlagak pandai mengeluarkan sesuatu kenyataan yang belum tahu kesahihannya. Kita boleh bertanya atau rujuk kepada org yang lebih berilmu dan pakar dalam bidang ini.

“Apabila kita mendapat vaksin, secara tak langsung kita dapat melindungi orang lain terutamanya golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua dan kanak-kanak daripada dijangkiti” katanya lagi

Dalam perkembangan lain, Nazmi kini merupakan seorang pensyarah dan penyelidik dalam bidang Pengimejan Perubatan di Gulf Medical University, Ajman, UAE setelah tamat pengajian peringkat doktor falsafah dalam ‘Imaging & Interventional Radiology’ di Hong Kong pada Julai 2020.

Kongsi Nazmi yang sebelum ini pernah terlibat sebagai model sambilan untuk beberapa iklan komersial dan jenama, buat masa ini dia tidak terfikir untuk teruskan minatnya itu di sana namun bersedia untuk menerima sebarang tawaran sekiranya tidak menganggu jadual kerjanya.

Sebagai info, Nazmi mula dikenali ramai selepas menjuarai program realiti Mister Planet Malaysia(MPM) tahun 2015 dan turut berlakon dalam beberapa buah drama tempatan sebelum melanjutkan pelajarannya di luar negara.

nazmi nordinVaksin Covid-19
https://lomp.at/p2ioh
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore