Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Lofa Tu Dah Kaya Raya” – Netizen Pertikai Orang Beri Gift Kepada Neelofa Di TikTok?

Sepotong video live selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa di TikTok menjadi bualan netizen.

by Arsiqin Yusof
August 10, 2022
Share on Facebook

Sepotong video live selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa di TikTok menjadi bualan netizen. Dalam video berkenaan, Neelofa bercakap tentang perancangannya untuk mengeluarkan produk penjagaan kulit.

Ketika sesi live sedang berlangsung, terdapat beberapa netizen yang memberi hadiah (gift) kepada Neelofa namun dia seolah-olah terlepas pandang tentang hal itu dan meneruskan apa yang mahu diperkatakan.

Namun, suaminya PU Riz sempat mengingatkan Neelofa untuk menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada netizen yang bermurah hati memberikan gift kepadanya.

Tanpa bertangguh, Neelofa terus menugucapkan terima kasih dan kemudian meneruskan pertuturannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza. Ada yang tenang-tenang sahaja, dan ada juga yang seakan mempertikai kenapa perlu memberikan gift kepada Neelofa sedangkan dia sudahpun berjaya dan kaya raya.

“Lofa tu dah kaya, yang pergi bagi gift tu kenapa…Apo, dia pun terang-terang cakap ‘I dah tak kisah dah’.

“Masa ni fikiran Neelofa bercelaru kot.

“Yang korang bagi gift dekat jutawan buat apa,” antara yang dilontarkan netizen.

@partnernunha

Founder & HQ mmg takkan ada rasa nk menghargai reseller. Kami dah cuba sehabis baik selama ni untuk buat sales dan backup HQ habis2an. Tapi apabila ada teguran HQ mmg takkan layan. Sampai bila HQ nk mendabik dada? Alangkan follower bagi gift pun tak dihargai. Ini kan reseller yg dah lepas ambik stock lepastu banyak mengadu dgn HQ pasal masalah2 dkt luar sana. Lagi la tak peduli. #neelofa #innainunha #innaineelofa #innainunhashahalam #innainunhakualalumpur #fyp #fypシ #fy #fypシ゚viral #fypage

♬ original sound – PartnerNunHa – PartnerNunHa

Dalam pada itu, ada juga warganet yang merasakan Neelofa mungkin tidak begitu faham tentang peranan sebenar gift di TikTok dan hanya menyangka ia sebagai emoji sahaja.

“Ke Neelofa tak tahu pasal gift tu, kot dia ingat emoji saja kot.

“Neelofa ni tak tahu apa maksud gift tu, tengok live dia hari tu, dia tanya jadi apa kalai orang bagi banyak-banyak tu,” tulis netizen.

Untuk makluman, gift di TikTok boleh membawa nilai wang yang berbeza dan boleh diberi oleh setiap pengguna kepada yang lain.

Neelofa Hilang Kontrak Jutaan Kerana Niqab, Kini Ditawar Semula Dengan Bayaran Berganda
neelofa
https://lomp.at/orx59
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Lokal

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri”-Permaisuri Keluarga Kita…”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada  Selasa, baru-baru ini. Isteri...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara