Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Neelofa Tekan Kuasa Teknologi, Fidyah Kini Lebih Mudah Dengan TheNoor & ikhlas.com

by Phic ARMAN
February 12, 2026
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Neelofa sekali lagi jadi perhatian apabila beliau menegaskan komitmen TheNoor dalam membantu umat Islam melaksanakan ibadah dengan lebih mudah melalui teknologi digital.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor, Neelofa menjelaskan platform itu dibangunkan sebagai ekosistem gaya hidup Islamik yang menghimpunkan pelbagai keperluan harian, daripada waktu solat, bacaan Al-Quran, hinggalah urusan zakat serta sumbangan kebajikan.

Pendek kata, semua dalam satu aplikasi. Ringkas, praktikal, terus boleh buat.

Terbaharu, TheNoor menjalinkan kerjasama dengan ikhlas.com dan TNG eWallet bagi memperluas akses pembayaran fidyah. Menerusi kolaborasi ini, pengguna boleh membuat bayaran melalui aplikasi pilihan masing-masing, sementara ikhlas.com bertindak sebagai pemudah cara yang menguruskan proses agihan secara sistematik, telus dan selaras dengan prinsip syariah.

Setiap sumbangan yang dibuat bukan sekadar transaksi digital, tetapi akan direkod serta diagihkan melalui program yang telah dirancang rapi. Jadi pemberi boleh ada keyakinan tentang ke mana bantuan itu disalurkan.

Bercakap mengenai hala tuju TheNoor pula, Neelofa turut berkongsi bahawa mereka sedang bersedia memperkenalkan TheNoor Pro, iaitu pengalaman baharu yang menawarkan penglibatan spiritual lebih mendalam bersama perkhidmatan Islamik digital premium.

Pengumuman usahasama ini dibuat bersempena program pengagihan ‘Amanah Fidyah: Sekampit Beras, Seribu Makna’ di Dewan MPAJ, Kampung Ampang Indah, yang menyaksikan bantuan beras diagihkan kepada 200 keluarga asnaf sekitar zon Lembah Jaya.

Apa yang boleh disimpulkan, bila teknologi dan amanah digabungkan, impaknya memang sampai terus kepada komuniti yang memerlukan

Ditubuhkan pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform digital Islam Capital A yang menawarkan penyelesaian Umrah dan perjalanan mesra Muslim, di samping perkhidmatan patuh syariah seperti zakat, qurban, aqiqah, sedekah dan fidyah. Berteraskan prinsip amanah, ketelusan dan kecemerlangan perkhidmatan, ikhlas.com komited untuk mempermudah pelaksanaan kewajipan Islam serta perjalanan ibadah bagi umat Islam. Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi ikhlas.com di Apple App Store dan Google Play Store.

Netizen 'Tegur' Penampilan Raya Noor Neelofa- "Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?"
Noor Neelofa
https://lomp.at/2g42r
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

by Ayu Kamaruddin
February 25, 2026

Berita baik untuk rakyat Johor tahun 2026 ini, Kerajaan Negeri Johor kembali dengan Bantuan Kasih Johor (BKJ 2026), satu inisiatif...

Read moreDetails
Insentif

Ramadan Jadi Lebih Bermakna, MAIWP Agih RM17.44 Juta Untuk Asnaf di KL, Putrajaya Dan Labuan

by Ayu Kamaruddin
February 12, 2026

Menjelang ketibaan Ramadan yang dinanti-nantikan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sekali lagi tampil dengan inisiatif bermakna apabila menyalurkan Insentif...

Read moreDetails
via Thread/FreePik
Sosial Buzz

Hadap Jem Atau Berhimpit Dalam Tren? Dilema Harian Warga Kota Yang Buat Ramai ‘Overthink’ Setiap Pagi

by Naja Nix
March 5, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian apabila seorang pengguna mengajukan soalan yang cukup dekat dengan realiti rakyat Malaysia....

Read moreDetails
Insentif

RM150 Juta Bantuan Sara Tak Dituntut, Ini Jawapan Ke Mana Duit Ini Pergi

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bukan disimpan, bukan juga dibiarkan sepi. Sebanyak RM150 juta daripada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang tidak dituntut sehingga 31...

Read moreDetails
via Imagefx
Sosial Buzz

Pemandu E-Hailing Didakwa Tonton Video Ketika Memandu, Penumpang Luah Kebimbangan Soal Keselamatan

by Naja Nix
February 25, 2026

Isu keselamatan perkhidmatan e-hailing kembali menjadi perbualan hangat apabila seorang individu tampil berkongsi pengalaman kurang menyenangkan melibatkan seorang pemandu yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara