Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Netflix Menayangkan BoBoiBoy Movie 2 Dengan 7 Minit Babak Tambahan

by Phic ARMAN
May 20, 2020
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Netflix telah memperoleh hak penstriman eksklusif untuk menayangkan filem animasi pecah panggung BoBoiBoy Movie 2 di rantau Asia Tenggara, dengan 7 minit babak tambahan yang belum pernah ditayangkan di pawagam sebelum ini.

Filem daripada Monsta ini telah memecahkan pelbagai rekod selepas ditayangkan secara
meluas di lebih 500 pawagam di serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam, dan telah menjadi fenomena di kalangan peminat muda dan juga dewasa.

Filem BoBoiBoy Movie 2 versi tambahan ini mempunyai durasi tayangan yang lebih panjang iaitu 117 minit berbanding 110 minit untuk versi tayangan pawagam, dan semua pelanggan Netflix di Asia Tenggara akan dapat menontonnya secara eksklusif bermula 1 Jun 2020 dalam Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris.

BoBoiBoy Movie 2 di Netflix juga akan dipaparkan bersama sarikata pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Thai, Bahasa Vietnam, dan juga Bahasa Indonesia untuk satu pengalaman yang lebih imersif.

Menurut Raphael Phang, Pengurus Perolehan Kandungan Netflix Asia Tenggara,

“Di Netflix, kami sentiasa percaya bahawa cerita yang hebat boleh dinikmati di mana-mana sahaja, dan oleh itu kami amat gembira dengan kerjasama kami bersama Monsta untuk membawakan BoBoiBoy Movie 2 kepada semua pelanggan kami di Asia Tenggara. Dengan jalan cerita hebat dan animasi yang berkualiti tinggi, kami berasa tidak sabar untuk melihat para pelanggan dan seisi keluarga mereka untuk mengikuti pengembaraan BoBoiBoy dan mengalami satu pengalaman yang menakjubkan. Ia adalah satu bentuk hiburan yang boleh dinikmati bersama-sama.”

BoBoiBoy Movie 2 mengisahkan tentang BoBoiBoy, seorang superhero elemental yang mengembara bersama rakan-rakannya untuk menewaskan musuh jahat bernama Retak’ka yang nekad untuk merampas kuasa-kuasa BoBoiBoy demi menakluk galaksi.

5 Filem Romantik Untuk 'Netflix & Chill' Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

Dengan gabungan aksi dan komedi serta visual yang mengagumkan, BoBoiBoy Movie 2 telah menawan hati 2.5 juta penonton dengan kutipan sebanyak RM30 juta sepanjang tayangan di pawagam, dan ia merupakan antara filem terlaris dalam sejarah perfileman Malaysia. Monsta berharap dengan tayangan BoBoiBoy Movie 2 di

Netflix bermula 1 Jun ini, penonton-penonton baharu dari serata Asia Tenggara akan dapat merasai sendiri pengalaman unik dan menakjubkan apabila menonton BoBoiBoy Movie 2 versi terulung ini bersama seisi keluarga.

BoBoiBoy Movie 2 NetflixNetflix
https://lomp.at/dczhh
Share8Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara