Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Netizen Terkejut Kitar Semula Barang Elektronik Boleh Dapat RM100

Pengguna media sosial ini dedah hantar barang elektronik yang tidak digunapakai boleh dapat duit

by Puteri Alia
June 23, 2022
via Twitter Neyra/Catatan Mini

via Twitter Neyra/Catatan Mini

Share on Facebook

Tular di media sosial baru ini, di mana seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Neyra mendedahkan dia mendapat wang digital sebanyak RM100 dengan hanya menghantar barang elektronik untuk dikitar semula.

Kitar Semula Dapat RM100

Hal ini dikongsikan menerusi ciapan ringkasnya di laman Twitter semalam, di mana dengan menghantar barang-barang elektrik yang tidak tidak boleh digunakan boleh mendapat wang digital sebanyak RM100 di pusat membeli-belah One Utama.

“Hasil kitar semula barang eletronik terpakai di One Utama. Memang tempat kesukaan kita orang kitar semula semua barang elektronik terpakai macam telefon, lapton, bateri dan lain-lain.” Ciapnya

via Twitter Neyra

Netizen Tertarik

Melihat ciapan yang tular itu, ramai warganet tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang hal tersebut dan bertanya kepada pemilik akaun Twitter tersebut.

“Aplikasi ke apa? Ada nama kedai?”

“Kat belah mana tu Neyra?” Soal warganet

Melihat ramai yang mengajukan soalan kepadanya, Neyra mendedahkan bahawa orang ramai boleh berkunjung ke pusat membeli-belah di One Utama bangunan baru di tingkat dua dan dapatkan maklumat di kaunter tersebut.

“Dibawah pengurusan One Utama. Pergi je kaunter maklumat dia orang.”

“Tingkat 2 bangunan baru” Jawabnya

via Twitter Neyra

Dalam pada itu, ada juga yang bertanya cara terperinci bagi mendapatkan wang dan jenis-jenis barang eletrik yang pihak pengurusan One Utama terima.

“Hi boleh kongsi ke cara nya macam mana.” Soal netizen

“Bawa je segala e-waste yang ada. Saya selalu hantar laptop, telefon, powerbank, bateri dan lain-lain ke kaunter tingkat 2 bangunan baru.” Jawab Neyra

via Twitter Neyra

“Barang elektrik lain boleh ke kak? Contoh macam periuk nasi, seterika, pemanas air dan lain-lain.” Tanya salah seorang pengguna media sosial

“Boleh” Balas Neyra ringkas

Siapa yang ada barang elektrik yang tak lagi digunakan bolehlah hantar di pusat membeli-belah One Utama, dan dapatkan wang digital melalui barang yang dikitar semula!

Barang Elektronike-wasteone utamaPusat Beli Belah One Utama
https://lomp.at/l1hnj
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara