Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Niat Berlakon Di Tanah Suci Perlu Betul, Nadiya Nisaa Akui Drama Adam & Hawa Dahulu Beri Impak Positif

by Puteri Alia
November 2, 2023
Share on Facebook

Isu kontroversi skrip dan lakonan drama di Tanah Suci Makkah sebagaimana yang tular pada 31 Oktober lalu di media sosial itu didakwa tidak sepatutnya berlaku sejak daripada awal lagi.

Bahkan ramai meluahkan perasaan kecewa selepas tular dialog kurang manis diungkapkan oleh pelakon Janna Nick dalam drama berkenaan baru-baru ini.

Namun, pelakon Nadiya Nisaa tidak sesekali menyalahkan Janna, malah berpendapat setiap pelakon mempunyai cabaran dalam menghidupkan watak, sungguhpun penggambaran dilakukan di mana sahaja termasuk Tanah Suci Makkah.

“Kita kena faham setiap pelakon ada cabaran, di mana sahaja sama ada tempat suci atau paling kotor. Kita kena pergi dan kena ‘perform’, tapi hujung pangkal ia terletak kepada niat.

“Sama juga bila saya menjayakan drama Adam dan Hawa, saya berpeluang menjejakkan kaki di Tanah Suci. Walaupun tahu kita seolah-olah menceroboh sebab mana boleh ‘shoot’ di hadapan, tapi apa niat kita?

“Saya tak boleh nak menyifatkan niat saya bagus atau tidak. Tapi, Alhamdullilah drama Adam dan Hawa masih memberi kesan walaupun sudah 10 tahun.

“Setiap kali jumpa makcik pasti ingat babak di Makkah. Bila tengok babak ini terubat rindu pada Kaabah, tak dapat pergi ke sana sekurang-kurangnya dapatlah tengok.

“Jadi, itu terletak pada penilaian masing-masing. Saya juga faham setiap pelakon mempunyai cabaran sendiri apabila diamanahkan dan diletakkan di tempat begitu.

“Saya tak boleh nak komen lebih, sebab ia terletak pada niat,” katanya.

Nadiya juga memilih untuk tidak menyalahkan sesiapa di sebalik tabir drama kontroversi itu kerana percaya produksi mahu menyampaikan mesej berguna buat penonton.

“Kalau merasakan sesuatu yang ‘off’, dia takkan nak menjayakan babak ini. Tapi, Janna mungkin merasakan ia perlu, jadi berusaha lakukannya.

“Pada penghujungnya, kita semua tidak bodoh dan ada niat baik dalam menyampaikan mesej berguna kepada penonton.

“Sama juga dengan filem La Luna ini, pengarah katakan mahu buat filem tak beradap dan kurang ajar, itu sahaja. Jadi, saya percaya Janna ada niat baik, malah penulis dan pengarah juga ada niat yang tulus,” katanya.

Terdahulu, Janna memegang watak Misha, menantu jahat sehingga sanggup mendera ibu mentua dalam drama Surat Dari Tuhan terbitan TV3.

Janna Nick Dedah Pelakon Wanita Dituduh 'Scammer' Pernah Hubungi Minta Wang-"Tiba-Tiba Suami Dia Yang Pickup!.."
janna nickNadiya Nisaa
https://lomp.at/2r8yv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Lokal

Amar Baharin Kongsi Keadaan Amyra Rosli

by Naddy Joe
January 27, 2026

Aktor, Amar Baharin menitipkan doa buat isterinya yang juga pelakon, Amyra Rosli yang telah selamat menjalani pembedahan pada Isnin. Jalani...

Read moreDetails
Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara