Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Selepas Heboh Video Cium Mulut Dengan Kekasih Dari Amerika, Kini Nikita Mirzani Cari Ustaz?

by Zaidin Albert
May 9, 2022
Share on Facebook

Muat naik Instagram Story terbaru artis dari Indonesia Nikita Mirzani berjaya membuatkan netizen tertanya-tanya. Sebabnya, artis sensasi ini sedang mencari seorang ustaz yang boleh membantu proses peluk islam dalam bahasa Inggeris.

Dalam pengumuman yang dibuatnya, Nikita Mirzani meminta bantuan pengikutnya mencari ustaz terbabit. Sesiapa yang mengetahui maklumat ini diminta oleh Niki untuk segera menghantar DM kepadanya.

“Kami memerlukan seorang ustaz yang boleh membantu dalam proses peluk Islam dalam bahasa Inggeris. Boleh tolong beri maklumat segera. Terima kasih!” tulis Niki dalam InstaStorynya, Ahad (8/5). “Boleh DM saya?”

Nikita Mirzani tidak menyebut siapa yang akan memeluk Islam dalam bahasa Inggeris. Bagaimanapun, netizen mengesyaki bahawa orang ini adalah kekasihnya merupakan warga asing, John Hopkins.

Seperti yang diketahui, Nikita Mirzani kini sedang berpacaran dengan bekas pelumba Moto GP Amerika itu. Kedua-duanya dilihat menghadiri acara Moto2 di litar Algarve, Portugal pada 22 April 2022.

Niki dan John Hopkins sering memuatnaik foto detik-detik kebersamaan mereka di media sosial Instagram. Malah Niki tidak teragak-agak untuk menunjukkan rasa cintanya terhadap kekasihnya itu termasuk ketika mereka berdua bercium di khalayak ramai.

https://www.instagram.com/reel/CdBF4XHjoSn/?utm_source=ig_web_copy_link

John Hopkins sebelum ini pernah membalas luahan cinta Niki dengan romantis sekali.

“Anda benar-benar pasangan sejiwa saya. Saya mencintai awak dengan sepenuh hati saya selama-lamanya.”

Hopkins ialah bekas pelumba MotoGP dari Amerika Syarikat yang kini menandatangani kontrak untuk melatih Joe Roberts dan Marcos Ramirez dalam Moto2.

Hopkins menceburi bidang pelumbaan motosikap MotoGP dari 2002 hingga 2011. Selepas bersara, dia beralih kepada jurulatih dan pengarah perlumbaan untuk Pasukan Lumba Amerika dalam Moto2.

nikita mirzani
https://lomp.at/2c1d2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara