Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nora Ariffin Tegas Teruskan Perceraian, Dedah Campur Tangan Pihak Ketiga Punca Rumah Tangga Bergolak

by Puteri Alia
September 30, 2025
Share on Facebook

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengakui hakim menasihatkannya supaya menarik balik kes perceraian memandangkan hubungannya dengan suami, Dr. Rusdi Ramli masih kelihatan baik. Namun begitu, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 52, menegaskan campur tangan pihak ketiga membuatkannya tetap mahu meneruskan proses tersebut.

“Tuan Hakim ada menyebut bahawa jika semuanya sudah baik, beliau meminta saya menarik balik permohonan perceraian. Namun, selepas perbincangan secara jujur saya katakan, memang saya boleh menarik balik permohonan itu tetapi masalahnya tidak akan selesai begitu sahaja. Campur tangan pihak ketiga tidak akan berhenti kecuali ditangani secara tuntas. Saya percaya dan yakin pihak hakim serta mahkamah membuat keputusan yang terbaik. Maka, saya akan ikut prosedur yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Sementara itu, anak sulungnya yang juga wakil hakam keluarga, Mohd. Syakir Iman, 32, memberitahu hakim turut mempersoalkan alasan perceraian kerana melihat hubungan plaintif dan defendan masih wujud kasih sayang serta perdamaian. “Tadi, dalam sesi perbicaraan kami mengemukakan laporan daripada majlis tahkim bagi peringkat hakam keluarga. Namun begitu, hakim nampaknya tidak berpuas hati dengan laporan tersebut. Justeru, beliau memutuskan untuk melanjutkan kes ini ke peringkat seterusnya pada 21 Oktober nanti yang akan berlangsung pelantikan hakam islah daripada panel mahkamah sendiri,” jelasnya.

Menurut Syakir, mereka sudah berusaha sedaya upaya tetapi hakim masih tidak berpuas hati dengan alasan serta jawapan yang diberikan. Peguam plaintif juga mencadangkan agar sesi tahkim berikutnya dijalankan dengan panel mahkamah sendiri bagi membolehkan perbincangan melibatkan plaintif, defendan dan pihak ketiga. Katanya, campur tangan pihak ketiga adalah punca sebenar masalah antara ibunya dan Dr. Rusdi.

“Antara alasannya, hakim bertanya kerana pada pandangan beliau, keadaan antara kedua-dua pihak masih kelihatan baik. Jawapan kami juga menunjukkan bahawa masih wujud perdamaian dan kasih sayang. Secara peribadi, saya rasa isu sebenar antara ibu saya dan Ustaz Rusdi, jika hanya melibatkan mereka berdua, tidaklah besar. Namun, pihak ketiga ini apabila ‘serangan’ berlaku, kesannya sangat ketara. Jadi, kami berharap masalah ini dapat dihentikan atau pihak tersebut perlu dipertanggungjawabkan,” katanya.

Prosiding hari ini melibatkan pembentangan laporan wakil hakam pertama iaitu hakam keluarga, dengan Nora melantik anak sulungnya Mohd. Syakir Iman sebagai wakil manakala Dr. Rusdi melantik anak sulungnya, Muhammad Shahkir, 34. Pada 21 April lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus konflik susulan hantaran Instagram yang memaparkan video lafaz cerai Dr. Rusdi terhadapnya.

Anak Dah Baligh Pilih Tanggal Hijab, Datuk Nora Ariffin Tenang Jawab Kecaman Netizen

Selepas sebulan mengumumkan perceraian, Nora memaklumkan dia dan suaminya sudah kembali rujuk. Untuk rekod, Nora berkahwin dengan Dr. Rusdi yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya pada 2021. Sebelum itu, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat anak. Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

nora ariffin
https://lomp.at/dmd8i
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @amirulhakim_mustapha (Threads)
Lokal

[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik

by Nurul A.
March 16, 2026

Selepas sebelas tahun, penyanyi Mawi berkongsi satu pengalaman pelik  yang telah mengejutkan orang ramai. Pengalaman itu dialaminya sendiri selepas menjuarai...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Lelaki Amy Search Curi Perhatian, Tinggi & Kacak. Isteri Tertanya- “Entah Makan Apa Masa Pregnant”

by Phic ARMAN
March 5, 2026

Nama Amy Search memang tak perlu diperkenalkan lagi. Vokalis legenda kumpulan Search ini bukan saja dikenali dengan aura rock yang...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Foto - @bellaastillah (IG)
Lokal

Tak Izin Anak Jumpa Bapa Kandung? Adik Bella Astillah ‘Sound’ Netizen

by Nurul A.
March 26, 2026

Tak habis-habis, kali ini nama penyanyi Bella Astillah menjadi sebutan beberapa individu selepas dia dituduh tidak membenarkan anak-anaknya daripada berjumpa...

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara