Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nora Danish Bimbang Cinta Dengan Mickey Ayo Undang Tersinggung -“Saya Pun Nervous, Kasihan Dia Terkejut Bila Viral”

by Puteri Alia
October 31, 2025
Foto - @noradanish (IG)

Foto - @noradanish (IG)

Share on Facebook

Pelakon popular Nora Danish mengakui bimbang keterbukaannya berkongsi tentang hubungan dengan lelaki yang dikatakan kekasih baharunya, Mickey Ayo, mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak. Katanya, niat asal hanyalah untuk berkongsi rasa bahagia, namun kini dia lebih berhati-hati agar tidak menimbulkan sebarang salah faham atau reaksi negatif.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, berkata, selain bimbang tanggapan orang, dia juga khuatir andai hubungan itu tidak berakhir seperti yang diharapkan ramai.

“Kalau boleh saya nak jaga privasi saya dan dia (Mickey). Dia pun terkejut bila kopiah putih menjadi viral. Kasihan dia. Saya sebenarnya ‘nervous’. Saya tak mahu kisah ini membuatkan ada pihak yang tersinggung,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Amber X Nora Danish.

Mengulas lanjut, Nora tidak pasti siapa yang mungkin terasa dengan kisah baharu hidupnya, namun mengakui kemungkinan itu tetap ada. “Peminat saya kan ramai. Mungkin ada yang akan tersinggung,” ujarnya sambil tersenyum.

Apabila diajukan persoalan tentang kesediaan untuk kembali mendirikan rumah tangga, bintang sitkom Puteri itu menegaskan pintu hatinya tidak pernah tertutup untuk cinta. Baginya, setiap kegagalan dalam percintaan adalah peluang untuk belajar dan menjadi insan yang lebih matang.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menyesal dalam percintaan. Perkara ini lumrah dalam kehidupan untuk kita belajar menjadi lebih baik. Kalau saya gagal kali pertama, gagal kali kedua pun saya tak rasa macam kehidupan sudah berakhir dan berhenti mempercayai lelaki. Saya sentiasa percaya Allah akan hadirkan insan yang lebih baik dan menjadikan saya insan yang lebih baik,” katanya dengan penuh yakin.

Nora turut berkongsi bahawa dirinya masih menyimpan impian untuk berumah tangga lagi, bukan sekadar mengejar kebahagiaan dunia, tetapi juga untuk mencari keberkatan hidup bersama pasangan.

“Sudah tentu saya inginkan perkahwinan kerana saya nak kejar syurga bersama pasangan. Kan ‘best’ kalau ada pasangan. Kalau seorang penat juga,” katanya berseloroh.

Menyentuh tentang Mickey, Nora menggambarkan lelaki itu sebagai seseorang yang menceriakan hidupnya dan sering membuatnya tertawa.

Mickey Ayo Dedah Detik Sebenar Kenal Nora Danish, Nafi Langsung ‘DM-DM’ di Instagram

“Saya serahkan segalanya kepada Allah untuk mempermudahkan segala urusan. Kalau Allah permudahkan maknanya dialah orangnya. InsyaAllah,” ujarnya ringkas namun penuh makna.

Dalam pada itu, Nora turut meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi wajah bagi koleksi terbaru jenama Amber yang dinamakan Mirage.

“Sebelum ini saya bersama dua lagi rakan artis iaitu Amira Othman dan Amyra Rosli menjadi wajah untuk koleksi Oasis. Kali ini saya sekali lagi diberi peluang untuk mewakili koleksi terbaru iaitu Mirage. Ada 10 rekaan semuanya, dengan harga yang sangat berpatutan dan sesuai digayakan oleh wanita berhijab mahupun tidak berhijab untuk pelbagai acara,” katanya.

Meski masih menjadi tumpuan ramai, Nora kini memilih untuk menikmati kehidupannya dengan lebih tenang dan sederhana, jauh daripada kontroversi, sambil berharap hubungan yang sedang terjalin kali ini berakhir dengan kebahagiaan yang diimpikan.

nora danish
https://lomp.at/pstvy
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

by Nurul A.
January 26, 2026

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
Lokal

Jep Sepahtu Tinggalkan Sinar FM, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia mengundurkan diri sebagai penyampai radio di Sinar FM....

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara