Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026
Foto - @noradanish (IG)

Foto - @noradanish (IG)

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan tengah hangat bercinta dengan pelakon Nadia Brian sejak Disember lalu.

Memetik kenyataan Nora, atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, pelakon itu tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya terhadap hubungan baharu Nedim. Nora menyatakan bahawa kebahagiaan bekas suaminya itu telah menjadi sebahagian daripada doa harian yang dititipkannya.

View this post on Instagram

“Itu (kebahagiaan Nedim) memang itu antara doa saya, saya memang mahu dia menemui kebahagiaan dia juga. Sebab dia layak untuk bahagia.”

Meskipun sudah berpisah selepas tujuh tahun berkahwin, Nora menegaskan tiada sebarang kebencian dan hubungan mereka kekal baik demi anak tunggal mereka iaitu Mohamed Neqayl.

View this post on Instagram

“Walaupun kami sudah berpisah, tidak bermakna saya perlu membencinya. Dia adalah sosok tubuh yang pernah saya cintai suatu ketika dahulu sehingga kami mempunyai anak bersama. Nedim sentiasa ada tempat istimewa dalam hati saya. Dengan siapa pun dia kenal, saya tetap doakan kebahagiaannya.”

View this post on Instagram

Bagaimanapun, Nora mendedahkan dirinya belum berpeluang bertemu dengan Nadia Brian secara peribadi dan hanya mengetahui hubungan antara pelakon itu dan bekas suaminya menerusi media sosial sahaja.

“Saya tidak tahu mereka sedang berkenalan sehingga dikejutkan dengan gambar. Tapi setakat ini masih belum diberi peluang untuk berjumpa Nadia. Dari luaran, saya lihat Nene (Mohamaed Neqayl) menerima dengan baik. Satu perkara tentang Nene, dia cepat mesra dengan sesiapa sahaja. Sesiapa yang layan dia, dia akan mudah rapat.”

Untuk rekod, Nora Danish dan Nedim Nazri mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl. Pasangan ini disahkan bercerai talak satu pada 19 Jun 2024.

[VIDEO] Gelagat Nora Danish & Fasha Sandha Beraya Bersama, Curi Perhatian Ramai!
mohamed neqaylnadia briannedim nazrinora danish
https://lomp.at/g3mov
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara