Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Norreen Iman Terhibur Dengan Wanita ‘Berbunyikan Burung’, Netizen Pun Turut Sama Berdekah

by Naja Nix
December 10, 2025
via Instagram/@norreen143

via Instagram/@norreen143

47
KONGSIAN
Share on Facebook

Media sosial sekali lagi jadi medan tawa apabila gelagat Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman mencuri perhatian warganet.

Personaliti media sosial dan pelakon ini tampil dengan satu video baharu di Instagram yang memaparkan reaksinya terhadap seorang wanita yang mempunyai kemahiran unik iaitu mampu menghasilkan bunyi seperti burung, siap mendakwa itulah salah satu sebab suaminya tertarik kepadanya.

Norreen yang terkenal dengan gaya bersahaja, selamba dan chaotic humour tidak melepaskan peluang untuk menyertai trend tersebut dengan ‘menjahit’ video asal menggunakan komennya sendiri.

View this post on Instagram

Reaksi Spontan Norreen Buat Penonton Terhibur

Dalam video tersebut, Norreen kelihatan benar-benar terhibur dengan kemampuan wanita itu meniru bunyi burung. Dengan gaya selambanya, Norreen berkata,

“Yes! At least dia berbunyi seperti burung. Dan dia disukai. Aku ni, agaknya aku disayang kerana aku berbunyi seperti binatang apa.”

Norreen kemudian menambah dengan beberapa sound effect dramatik seperti mengaum, bunyi monyet dan diakhiri dengan bunyi anjing. Sekadar untuk menggambarkan betapa variasi bunyinya yang mungkin tidaklah secomel bunyi burung seperti wanita di dalam video asal.

Gurauan itu bukan sahaja menceriakan ramai, tetapi turut menunjukkan sisi jenaka Norreen yang sentiasa dihargai peminat setianya.

Chemistry Rumah Tangga yang Real & Relatable

Norreen turut secara berseloroh menyentuh mengenai ragamnya bersama suami, mengakui bahawa perangai mereka kadangkala berbunyi seperti monyet dan kadang-kadang seperti anjing jika angin tidak beberapa baik.

Walau berbentuk gurauan, kenyataan itu mengundang tawa ramai kerana ia menggambarkan keadaan rumah tangga yang realistik, penuh dengan gelak tawa dan gaduh kecil.

Warganet Berdekah Dengan Kreativiti Norreen

Ruang komen dibanjiri gelak tawa, masing-masing terhibur dengan gaya spontan dan lucu Norreen. Antara komen yang mencuri perhatian:

“Hahahahahahahahahahahahaha kepelbagaian bunyi dalam rumahtangga tajuk dia hahahaha”

“Mujur bunyi burung… kena bunyi pingu 🐧 tak tau lah.. hahaha”

via Instagram/@theannedible
via Instagram/@_kxmxlxddxn

Rata-rata warganet bersetuju bahawa Norreen mempunyai bakat semula jadi dalam menyampaikan humor yang tidak dibuat-dibuat.

Fenomena Konten RIngkas Yang Strike Hati Penonton

Di era Tiktok dan Instagram, video pendek seperti ini sering menjadi kegemaran ramai kerana ia mudah dicerna dan penuh dengan personaliti.

Norreen sekali lagi membuktikan dirinya sebagai antara pencipta kandungan tempatan yang konsisten dalam menghadirkan hiburan ringan namun punchy.

Walaupun hanya bermula dengan wanita yang berbakat meniru bunyi burung, kreativiti Norreen mengangkatnya menjadi satu momen hiburan yang cukup menceriakan.

Norreen Iman Tidak Mahu Jawab Spekulasi Rumah Tangga-"Dia Sentiasa Menjadi 'Babah' Kepada Anak-Anak.."
berdekahbunyi burungnorreennorreen iman
https://lomp.at/dql7n
Share19Tweet12SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara