Saturday, September 6, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Nubhan Akui Hadapi Kesukaran Penggambaran Bersama Siti Nordiana

by Khai Azfar
January 19, 2021
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Siti Nordiana sahaja melancarkan single terbaharunya, Sekali Lagi yang juga merupakan duet bersama Nubhan Ahamad. Difahamkan, lagu duet tersebut telah mendaki carta teratas di iTunes biarpun kurang 24 jam dilancarkan di platform digital baru-baru ini.

3 Episod Sama Seperti Angkara 

Malah video muzik tersebut yang mempunyai 3 episod kesemuanya terus mencatatkan jumlah tontonan yang membanggakan sama seperti video muzik Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana sebelum ini.

“Sejujurnya, saya terharu dan tidak menjangka dengan sambutan diterima lagu ini. Sebagai penyanyi, inilah yang diharapkan supaya setiap karya itu dapat diterima baik. Saya percaya, ini adalah rezeki semua pasukan.

“Macam mini siri ini, sebenarnya ramai peminat nak macam konsep video muzik Angkara. Disebabkan mereka sudah lama tidak menonton lakonan saya di kaca TV, jadi mereka buat permintaan untuk video muzik terbaharu ini dibuat dalam konsep sama.

“Bagi saya ia sesuatu yang menarik, sekali gus dapat mengubat kerinduan peminat. Sekurang-kurangnya, tidak dapat tengok saya berlakon di TV, dalam video muzik pun okay. Dapat juga saya lepaskan rindu dalam lakonan,” katanya

Nubhan Akui Alami Kesukaran 

Dalam pada itu, bagi Nubhan pula ianya adalah pengalaman baharu buatnya apatah lagi dapat berduet bersama Nana yang merupakan sahabatnya sekian lama.

Bagaimanapun, akui Nubhan dia mengalami kesukaran untuk mendapatkan keserasian dengan Nana ketika menjayakan video muzik berkenaan sebagai pasangan kekasih.

“Ya Allah. Saya pening waktu shooting! Betul, masa baca skrip lagi sudah pening. Saya cakap dengan Nana ‘susah ni Na, nak berlakon dengan kau ni Na. Aku tengok muka kau pun dah nak tergelak’.Jadi masa penggambaran pun, saya rasa banyak kali ‘take’ sebab nak bagi emosi”

“Kita dah kawan lama tapi ini pertama kali kami berlakon bersama, agak mencabar dari situ tetapi secara keseluruhannya saya gembira dengan kerjasama ini .Tersangatlah seronok” kata Nubhan kepada Murai.my

Episod ketiga mini siri Sekali Lagi dan tayangan rasmi video muzik Sekali Lagi telah pun ditayangkan sejak semalam di saluran YouTube Seventeen Eleven Music. Menerusi carian Murai.my terkini, video tersebut telah mendapat lebih dari 50 ribu tontonan kurang daripada 24 jam dimuatnaik di platform tersebut.

YouTube video

NubhanSiti Nordiana Nubhan
https://lomp.at/bpnt6
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Datin Shahida Tulis Nama Buku Latihan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?..-“Orang Kaya Pun Sempoi…”

  2. 2

    5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad

  3. 3

    [VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

  4. 4

    Daniesh Suffian Pilih ‘Menjauh’ Demi Hormati Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq

  5. 5

    “Hidup Penuh Dengan Rasa Syukur & Tidak Dendam”- Kongsian Madu Marissa Dania Curi Perhatian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem