Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nubhan Gelar Isteri ‘Amber Heard’, Netizen Dakwa Sindir Isteri Susulan Kemelut Rumah Tangga

by Puteri Alia
November 7, 2025
31
KONGSIAN
Share on Facebook

“Amber Heard.”

Hanya dua perkataan, namun cukup untuk mencetuskan gelombang tanda tanya besar di media sosial selepas penyanyi Nubhan memuat naik perkongsian itu di akaun Threads miliknya. Ramai berpendapat hantaran tersebut bukan sekadar gurauan biasa, sebaliknya berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada isterinya, Dr. Afifah Hidayah.

Tidak lama selepas itu, tangkap layar status tersebut mula tular dan mengundang pelbagai spekulasi. Warganet pantas mengaitkan kenyataan itu dengan isu rumah tangga pasangan berkenaan yang sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

“Beria-ia Nubhan nak samakan isteri kau dengan Amber Heard ke? Kalau sama sekali pun tak perlu muat naik, baik kau diam je,” tulis seorang pengguna di Threads, manakala ada juga yang menyindir, “Dia ni lebih kurang Jofliam juga, suka merajuk dan merentan di media sosial. Nasib baik isteri dia ada kerjaya sendiri.”

Tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia itu yang seolah-olah mahu memburukkan imej bekas isterinya di ruang awam.

“Harap-harap bini dia tak ‘get back’ dengan dia. Dah macam-macam dia buat nak nampak isteri dia teruk,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Untuk rekod, nama Amber Heard yang disebut Nubhan itu bukan asing dalam dunia hiburan antarabangsa. Pelakon tersebut pernah menjadi tumpuan dunia pada tahun 2022 apabila kes mahkamah membabitkan dakwaan penderaan rumah tangga antara dirinya dan bekas suami, Johnny Depp, mencetuskan sensasi global. Heard turut dilaporkan mempunyai masalah gangguan personaliti seperti Borderline Personality Disorder (BPD) dan Histrionic Personality Disorder (HPD) – justeru, hantaran Nubhan itu disalah tafsir seolah-olah menyamakan isterinya dengan aktres berkenaan.

Dalam perkembangan lain, semalam Nubhan dilaporkan memfailkan permohonan hak penjagaan (hadanah) terhadap tiga anak hasil perkahwinan mereka, Aafiyah, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3, ketika kes pengesahan perceraian mereka masih dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan tarikh sebutan kedua bagi merekod persetujuan hasil perbincangan plaintif dan defendan pada 26 November ini.

"Beri Bekerjasama, Saya Tak Nak Jadi Watak Jahat Kongsi Berita Cerai"- Dr Fie

Tidak lama selepas isu “Amber Heard” tular, Afifah pula dilihat memuat naik kenyataan di Threads yang menyentuh mengenai tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak walaupun sudah berpisah. Ramai menganggap hantaran itu sebagai respons halus terhadap tindakan Nubhan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga selama 10 tahun sebelum Nubhan dilaporkan memfailkan pengesahan lafaz talak terhadap isterinya baru-baru ini. Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh sebutan bagi kes pengesahan lafaz cerai tersebut.

Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Nubhan mahupun Afifah berhubung makna sebenar di sebalik perkataan “Amber Heard” itu, satu yang pasti– hantaran ringkas tersebut telah mencetuskan perdebatan hangat dan membuka episod baharu dalam kemelut rumah tangga mereka yang kini menjadi perhatian ramai.

Nubhan
https://lomp.at/fgms0
Share12Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Segannya Tengok Pakaian..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan...

Read moreDetails
Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Lokal

Bapa Tiri Titip Pesanan Buat Marissa Dania, Netizen Sebak-“Bertuah Marissa Dikelilingi Keluarga Yang ‘Supportive’..”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Suami kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria tampil memberikan nasihat buat anak tirinya, Marissa Dania selepas tular pengesahan pihak...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara