Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nubhan Nafi Wujud Orang Ketiga, Anggap Tuduhan Fitnah Terhadap Wanita Sakit Buah Pinggang Sebagai Kejam

by Puteri Alia
October 24, 2025
Share on Facebook

Penyanyi popular, Nubhan menafikan dakwaan kononnya kehadiran orang ketiga menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama isteri, Dr. Afifah Tawfek. Menurutnya, gosip yang tersebar di media sosial itu langsung tidak berasas dan amat mengelirukan kerana hubungan antara dirinya dengan wanita yang dikaitkan hanyalah atas dasar ihsan serta persahabatan lama.

Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, menjelaskan bahawa wanita berkenaan merupakan kenalan sekampung yang sudah dikenalinya selama lebih dua dekad. Lebih-lebih lagi, wanita tersebut kini menghadapi masalah buah pinggang dan sering berulang-alik ke hospital untuk rawatan, membuatkan beliau hanya mahu membantu meringankan urusannya.

“Wanita itu orang kampung saya. Dia dan anak-anaknya selalu datang ke rumah. Saya dah kenal keluarga mereka lebih 20 tahun dan memang kami rapat. Dia sakit buah pinggang dan susah nak bergerak jauh dari kampung. Rumah saya pula dekat dengan hospital, jadi saya benarkan dia menumpang sementara untuk dapatkan rawatan,” katanya.

Tambah penyanyi lagu Ada Untukmu itu, sepanjang wanita tersebut menumpang di rumahnya, hubungan yang terjalin bukan hanya dengan dirinya tetapi juga dengan isterinya dan anak-anak. Malah, Dr. Afifah sendiri yang sering mengajak wanita itu ke rumah, termasuk pada waktu Nubhan tiada di rumah.

“Isteri saya selalu juga minta tolong dia ambil anak sekolah, kadang-kadang hantar isteri pergi kerja. Hubungan tu memang rapat macam keluarga, bukan benda luar biasa pun sebab kita memang rapat sesama orang kampung,” ujarnya lagi.

Nubhan turut menyifatkan tuduhan kononnya wanita itu menjadi orang ketiga sebagai satu fitnah lucu tetapi menjatuhkan maruah kerana hubungan mereka selama ini hanya bersandarkan kasih sayang sesama insan dan semangat kejiranan. Katanya, wanita berkenaan kini tertekan dengan pelbagai tohmahan, namun mereka sekeluarga memilih untuk berdiam diri kerana tahu kebenaran berada di pihak mereka.

“Bila orang kata dia tu orang ketiga, saya rasa kelakar. Sebab kami rapat macam keluarga, macam kakak sendiri. Tak ada apa-apa pun yang lebih daripada itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, anak kepada wanita berkenaan, pelakon Syamim Razi, turut tampil mempertahankan ibunya melalui hantaran di Facebook. Syamim menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menyebarkan tuduhan palsu atau memanipulasi gambar mereka sekeluarga bagi memburukkan nama baik ibunya.

"Apa Yang Saya Lakukan Itu Bukan Membabi Buta"- Nubhan

Terdahulu, kisah perceraian antara Nubhan dan Dr. Afifah mengejutkan ramai selepas pasangan itu mengakhiri perkahwinan mereka yang berusia 10 tahun. Lebih mengejutkan apabila Dr. Afifah mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama dia diceraikan, kerana Nubhan pernah melafazkan talak ketika beliau sedang mengandungkan anak pertama mereka.

Walau apa pun, Nubhan berharap agar orang ramai tidak mudah membuat spekulasi dan memberi ruang kepada semua pihak untuk menjalani kehidupan masing-masing dengan tenang tanpa terus dihantui persepsi negatif yang tidak berasas.

Nubhan
https://lomp.at/m14ep
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
Foto - @shihazikir (IG)
Lokal

Shiha Zikir ‘Backup’ Noraniza Idris- “Pesan Dekat Peminat Untuk Tidak Komen Toksik”

by Nurul A.
March 13, 2026

Rasanya ramai yang tahu bahawa penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris, atau mesra disapa sebagai Kak Ani, telah menuai kecaman segelintir...

Read moreDetails
Foto - @ctdk (IG) / @mohammadnohbinsalleh (IG)
Lokal

Selesai Jalani Pembedahan, TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika- “Rehat Dulu Jangan Buat Show”

by Nurul A.
January 21, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKMSC) semalam. Berkongsi di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara