• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Selepas Isu Persenda Solat, Instafamous Ini Dikecam Gara-Gara Rakam Video Muntahkan ‘Air Sally’

Menurut Mira, dia tidak menyangka video tersebut akan menjadi sebaliknya

by Khai Azfar
November 23, 2021
15.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika ini tular di media sosial mengenai  minuman Starbucks, Air Sally yang merupakan resipi ciptaan khas. Untuk info menu ini anda perlu memesan mengikut kod ‘Air Sally’ atau pesan sahaja mengikut nama asalnya, Iced vanilla latte bersama caramel upside down dan vanilla cold foam on top 

Rakam Video Muntahkan Air Sally 

Susulan itu, orang ramai turut mengambil kesempatan untuk mencuba sendiri menu tersebut termasuklah seorang wanita yang sohor di laman Instagram dan TikTok, Nur Hamira atau lebih dikenali sebagai Mira. Namun begitu, Mira telah dikecam hebat oleh netizen berikutan memuatnaik video dirinya memuntahkan air itu.

Difahamkan, tindakan itu kononnya memperlihatkan dia tidak menyukai rasa air tersebut selain menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak memesannya.

Mira Mohon Maaf 

Rata-rata daripada netizen menyifatkan tindakannya itu sebagai melampau kerana tidak berkelakuan tidak senonoh dan tidak menghormati rezeki. Bagaimanapun, Mira menerusi sebuah posting di laman Instagram memohon maaf secara terbuka. Menurut Mira, dia tidak menyangka video tersebut akan menjadi sebaliknya kerana segala yang berlaku adalah secara spontan. Malah jelasnya lagi, tujuan membuat video tersebut hanya untuk hiburkan dirinya sendiri.

“Mira jarang beli air Starbuck..Selalu kawan mira belanja tapi minggu lepas fyp tiktok mira penuh air sally dan mira jenis terus go buat video tak study pun..tak tau pun siapa reka…

“mintak maaf sangat to Sally.salah mira sebab mira datang sana just pesan nak air sally dah air tu pahit sebab bukan vanilla tapi ice latte.. mira pun tak salahkan starbuck sebab mungkin Air tu baru lagi patutnya mira order ikut resepi sally order

“mira mintak maaf sebab buat macam tu. time tu mood mira buat video tiktok untuk hiburkan diri mira sendiri. kalau rasa mira takda adab dengan makanan mira mintak maaf.. semua tu tak rancang tu semua spontan apa kita cakap pun takda skrip ..

“kalau korang rasa mira melampau mira mintak maaf . dari dulu lagi mira suka berkarya buat video dengan cara mira sendiri & mira bukan influencer sama macam yang lain . mira just hiburkan orang dalam masa yang sama mira hiburkan diri mira sendiri..” tulis Mira

Terdahulu, Mira pernah terpalit dengan kontroversi mempersendakan cara bersolat ketika bermain luncur ais di sebuah pusat membeli-belah. Tindakannya itu telah mengundang kemarahan orang ramai selain turut mendapat teguran daripada pendakwah bebas terkenal, Dai’ Wan Dazrin.

menu rahsia starbucksNur Hamira
https://lomp.at/pnqy1
Share6040Tweet3775SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tutorial Tudung ‘Ala Brunei’ Dari Fazura Raih Perhatian Ramai-“Cantiknyaaa”

  2. 2

    [VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!

  4. 4

    [VIDEO] Sesi Fitting Baju Resepsi Amira Othman & Fattah Amin, Buatkan Ramai Teruja

  5. 5

    Kenapa Aktres Jelita Ini Tolak Tawaran Berlakon Bersama Shah Rukh Khan?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem