• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Akan Kahwin Selepas Aidilfitri- “Dia Minta Saya Pergi Meminang…”

by Naddy Joe
March 7, 2025
Share on Facebook

Isteri kepada pelakon, Azlan Komen iaitu Nur Nilam Ortiz mendedahkan bahawa suaminya itu akan berkahwin buat kali kedua selepas Aidilfitri tidak lama lagi.

Diminta Pergi Merisik & Meminang Bakal Madu

Pendedahan itu dilakukan oleh Nilam menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, yang menyatakan Azlan turut memintanya untuk pergi meminang bakal madunya itu.

“Abang Lan (Azlan Komeng) decide, dah beritahu akak, dia akan menikah dengan perempuan ni lepas raya. Jadi dia minta akak untuk pergi meminanglah. Pergi meminang, merisik semua ikut cara betul lah.”-dedah Nilam di TikTok

“Akak Susah Nak Tinggalkan Abang Lan Ni Sebab…”

Dinasihati orang ramai untuk meninggalkan sahaja suaminya itu, Nur Nilam menjelaskan bahawa dia sukar untuk meninggalkan Azlan disebabkan perasaan sayang.

“Dalam pada tu ramai yang cakap kat akak, ‘bercerai je lah akak’, ‘tinggalkanlah’, ‘cari kebahagiaan akak sendiri’. Akak susah nak tinggalkan Abang Lan ni sebab akak sayang. Sebab dari penjagaan dia kat akak A-Z tiptop. Akak tak nampak satu cacat cela pun dia jaga akak.”

@puan_nilamortiz

Kalau apa yang akak share dengan korang ni,korang rasa content,menipu,mislead,annoying skip okey,akak nak orang baik2 doakan untuk akak, kadang kita tak tau doa siapa yang allah angkat?

♬ Jangan Pernah Menyerah ( Tuhan Tak Pernah Janji ) – Bobby Faraby

Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka , malah ada yang menitipkan doa agar Azlan Komeng sedar akan tindakannya itu yang akan membuatkan isterinya merasa sedih.

“Saya doakan abang Azlan Komeng sedar la apa yang berlaku ni betul-betul buat kak Nilam sedih. Kata sayang tapi macam mana boleh terbit rasa nak kahwin lagi.”

“Buat apa nak meminang untuk dia. Pandai-pandai la dia gi meminang sendiri. Akak jaga diri.”

“Saya rasa kak Nilam bijak. Kahwin dengan bercinta ni lain. Perempuan tu nak sangat kan terkejar-kejar, kak Nilan nak ajar dia sebenarnya. Tengok lepas kahwin nanti berapa lama dia tahan dengan abang Lan. Kita tengok je gais.”

“Sebenarnya kak Nilam tak boleh terima diri dia diduakan, tapi kak Nilam tanam dalam diri untuk terima jugak diri dia untuk bermadu ? Sedihnya kak perasaan tak dijaga, semoga kuat kak ?.”

Apa komen anda?

Azlan Komengnur nilam
https://lomp.at/qr6n4
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @ezzaniejasny (IG)
Lokal

Ezzanie Mohon Maaf- “Saya Bukan Berlagak Tapi…”

by Nurul A.
January 19, 2026

Kenyataan permohonan maaf pelakon Ezzanie Jasny telah mencuri perhatian ramai. Menerusi hantarannya terbaru di platform Threads, pelakon itu memohon maaf...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
Foto - @mfmirafilzah (IG)
Lokal

Mira Filzah Ambil Tindakan Selepas Wajah Disalah Guna AI

by Nurul A.
January 16, 2026

Pelakon Mira Filzah mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Kongsi Momen Lucu Bercuti Di Jepun, Peminat Komen-“Rasanya Saya Kena Belajar..”

by Naddy Joe
January 19, 2026

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir ketika bercuti di Jepun sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen lucu mereka sekeluarga pernah...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (IG)
Lokal

Individu Mahu Taja Umrah Percuma, Kamal Adli Terharu Tapi Terpaksa Tolak Kerana…

by Nurul A.
December 26, 2025

Pelakon Kamal Adli baru-baru ini mencuri perhatian ramai orang apabila seorang pengguna platform Threads, @kapten.travel, secara terbukanya menawarkan tajaan penuh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore