Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nyawa Terancam, Zizi Kirana Dedah Kapal Misi Gaza Dihujani Letupan

by Puteri Alia
September 24, 2025
Share on Facebook

Berbaki seminggu sebelum pelayaran Global Solidarity Flotilla (GSF) tiba di Gaza, suasana di atas kapal yang membawa misi kemanusiaan itu semakin mencemaskan apabila mereka kerap diekori dron selain berdepan beberapa letupan di perairan antarabangsa. Penyanyi popular, Zizi Kirana yang turut berada dalam misi tersebut mengakui keadaan itu menguji ketabahan semua sukarelawan yang hanya mampu berserah kepada Allah sambil terus berdoa agar perjalanan mereka dipermudahkan.

Menurut Zizi, sejak awal pelayaran lagi sudah kelihatan lebih 15 buah dron menghampiri konvoi dan kini situasinya semakin tegang apabila ada yang dilihat menjatuhkan bahan berbahaya. Antara yang dilepaskan termasuk gas serta serbuk menyerupai bahan letupan yang bertebaran ke atas beberapa kapal, malah ada juga yang digugurkan ke laut hingga menghasilkan bunyi dentuman dari pelbagai arah. Katanya, konvoi kini berada di zon kuning dan dijangka memasuki zon merah dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi sebelum tiba ke Gaza dalam masa seminggu.

“Wallahualam, tak tahu dron dari mana. Tapi jelas ada usaha untuk menakut-nakutkan kami. Setiap peserta dinasihatkan bertenang dan sentiasa memakai jaket keselamatan walau apa pun yang berlaku. Malam tadi saya baru selesai syif ‘night watch’ dan memang nampak beberapa dron berlegar di udara dalam jarak agak jauh. Itu sebab kami diarahkan duduk diam dalam bot masing-masing,” katanya ketika dihubungi penyampai Kool 101, Datuk Aznil Nawawi bersama Muaz Mohamed dan Haiza Hanafi pagi tadi.

Walaupun diduga dengan ancaman yang berterusan, Zizi tetap cekal dan memilih untuk bergantung sepenuhnya pada ketentuan Ilahi. Baginya, rasa tenang yang hadir di hati adalah kekuatan paling besar untuk terus mara ke destinasi, biarpun sedar nyawa mereka sentiasa dalam bahaya. “Saya tak tahu bagaimana hendak ungkapkan, tetapi Allah berikan ketenangan. Dalam hati, saya hanya berdoa agar perjalanan kami dipermudahkan untuk memberi bantuan kepada Gaza,” luahnya penuh harapan.

Tudung Direntap, Baju Dalam Digarit Tentera Israel, Zizi Kirana Dedah Detik Aib Dalam Tahanan
zizi kirana
https://lomp.at/vcfta
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara