Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Oops! Antara 7 Momen Memalukan Selebriti Yang Terjadi Di Atas Pentas.

by Jash Lee
March 27, 2021
Share on Facebook

Bagaimana perasaan anda jika waktu membuat persembahan diatas pentas, tiba-tiba berlaku perkara yang memalukan seperti terjatuh, tercampak mikrofon, suara terkucil dan sebagainya. Namun perkara yang terjadi di luar kawalan seperti ini memang sudah biasa dan sering berlaku dalam dunia realiti.

Jom kita tengok beberapa perkara tanpa sengaja yang memalukan yang berlaku kepada beberapa selebriti ini ketika mereka membuat persembahan di atas pentas.

Jacklyn Victor

YouTube video

Siapa yang tidak mengenali penyanyi bersuara lantang ini yang juga merupakan seorang pemenang kepada satu rancangan realiti ‘Malaysian Idol Season 1’, Jacklyn Victor yang pernah jatuh tergolek dalam satu persembahan live ketika namanya diumumkan oleh Misha Omar untuk persembahan seterusnya. Memang memalukan namun Jacklyn adalah seorang penyanyi yang profesional, dia tetap meneruskan persembahan dan berseloroh kepada peminat dengan mengatakan “Jangan nak ketawa”. 

Khai Bahar

YouTube video

Agaknya Khai Bahar nak tiru gaya Mas Idayu menyanyi kan? Dalam satu persembahan live MELETOP, Khai Baru sahaja mula untuk menyampaikan lagunya ‘Luluh‘ tetapi disebabkan terlalu ‘feeling‘, Khai secara tidak sengaja telah memegang mikrofon di tangannya secara terbalik.

Amy Search

YouTube video

Dalam satu persembahan live, penyanyi kepada lagu ‘Isabella‘, Amy Search yang sedang rancak berinteraksi dengan penonton tanpa sengaja telah terjatuh ke bawah pentas. Nasib baik Amy Search tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Ziana Zain

YouTube video

Kalau Khai Bahar menyanyi dengan memegang mikrofon secara terbalik, lain pula yang terjadi kepada penyanyi Ziana Zain. Dalam satu pertunjukan fesyen, Ziana Zain telah membuat persembahan dengan penuh bersemangat tetapi tiba-tiba tanpa sengaja Mikrofon di tangannya telah tercampak. “Tangannya agak licin disebabkan losyen yang dipakai”. kata Ziana selepas selesai membuat persembahan dalam satu sesi temubual.

Adira

YouTube video

Selepas sahaja selesai membuat persembahan dan sewaktu berjalan keluar dari pentas, penyanyi Adira tiba-tiba terjatuh. Ketika itu, pengacara Awal Ashaari menyedari situasi yang berlaku, dengan pantas telah menghulurkan bantuan pada Adira. Difahamkan keadaan pentas ketika itu memang agak licin.

Nora Ariffin

YouTube video

Pelantun lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ yang bersuara lunak, Nora Ariffin telah berdepan dengan satu insiden ketika membuat persembahan live. Nora secara tiba-tiba telah jatuh tersungkur sewaktu berjalan untuk naik ke pentas. Namun, sebagai seorang penyanyi yang sangat profesional, Nora bangun dan meneruskan nyanyian sambil memohon maaf selepas mendapati kainnya telah tersangkut di anak tangga pentas.

Nabila Razali

YouTube video

Penyanyi Nabila Razali yang menyanyikan lagu ‘Peluang Kedua’ di pentas akhir Anugerah Juara lagu ke 35 telah ‘terkucil’ saat membawakan lagu tersebut secara langsung. Ramai yang mengatakan bahawa Nabila tidak layak untuk menyanyi secara live namun tak kurang juga yang sentiasa menyokong dan mengatakan yang Nabila telah berusaha untuk menyampaikan lagu tersebut secara baik.

Ziana Zain dan Khai Bahar juga pernah tersadung kaki di tempat yang sama ketika menaiki pentas untuk membuat persembahan. Tapi mereka berdua nampak comel!.

YouTube video
kejadianmemalukan artismalaysia tanpasengaja lucu
https://lomp.at/mle1s
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

Emma Maembong Jawab Isu Pemilihan Aktor- “Handsome Tapi Keras Kejung Buat Apa?”

by Nurul A.
January 16, 2026

Nama pelakon Emma Maembong menjadi perbualan ramai apabila dia menegaskan bahawa rupa paras tidak menjadi syarat utama untuk gandingkan pelakon...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara