Sunday, August 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

OOTD Legging Hitam, Pakai Macam Ini Baru Nampak Stail

by Lisa Ghani
February 8, 2023
Foto - Fashionista

Foto - Fashionista

31
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari-hari berdiri depan wardrobe mencari pakaian yang sesuai. Capai skirt? Semalam dah pakai. Dress floral? Nampak ceria sangat. Jeans? Tak nampak formal. Ya, legging hitam. Macam-macam cara kamu boleh menggayakan. Santai dan formal semua boleh masuk.

Santai bila padankan dengan t-shirt putih, sneakers, kemeja, oversized hoodies atau sweater. Untuk fesyen formal pula, kamu hanya perlu menambah oversized blazer, trench coat bersama loafer atau oxford, mungkin juga tumit tinggi.

Nak cari legging hitam, cari yang berkualiti. Kamu boleh beli di Uniqlo, menampilkan fabrik yang cukup ringan tapi selesa. Atau di Zara, terdapat banyak pilihan seperti knit, kulit, denim dan macam-macam lagi.

Ini Miss Murai bagi idea nak OOTD legging hitam.

Gaya #1 sangat basic

Foto – Pinterest

Gaya jalanan santai yang boleh dipakai setiap hari. Pasangkan legging hitam dengan sweater yang bersaiz besar mencipta kesan bergaya. Pastikan kamu sarung kasut sukan dengan rekaan klasik atau terkini.

Gaya #2 santai + formal

Foto – Pinterest

Siapa kata kamu tak boleh pakai formal dengan legging. Di sini Miss Murai cadangkan kamu menyarung tumit tinggi atau loafer, bersama dengan blazer. Untuk dalamnya, kamu boleh pakai t-shirt atau kemeja, elak yang saiz kecil.

Gaya #3 ringkas dengan tee

Foto – Pinterest

Bosan pakai seluar jeans, tukar dengan legging. Pastikan kamu cari t-shirt yang sedikit besar daripada ukuran badan – tak kisah bercorak atau polos. Kenapa cari saiz yang besar? Legging dah sedia maklum ketat jadi saiz besar bermakna keselesaan dan lebih banyak ruang untuk bergerak.

Gaya #4 berkemeja pula

Foto – Pinterest

T-shirt dah, kali ini cuba pula pakai kemeja. Kemeja yang klasik dari warna putih dan biru merupakan pilihan yang timeless. Kamu boleh tiru seperti dalam gambar, padankan tengan sneakers untuk nampak kesan lagi edgy. Tak lupa pula beg tangan sebagai signature.

Gaya #5 wanita korporat dengan kot trench

Foto – Pinterest

Satu lagi idea untuk kelihatan wanita korporat adalah mengenakan trench coat. Kot kegemaran Meghan Markle memberi impak kepada personaliti seseorang. Kamu boleh pilih sama ada yang label hingga buku lali atau atas paras lutut. Idea, paras lutut memberi ilusi yang lebih tinggi.

Dah dapat idea cara OOTD legging. Sekarang, selamat mencuba.

legging hitamootd
https://lomp.at/gt6tm
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  3. 3

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

  5. 5

    [VIDEO] Amira Othman Beri Kek Kepada Fattah Amin, Lain Pula Yang Netizen Dengar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem