Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Baru Tahu! Kedai Kek Viral Ini Milik Suki Dan Rakan Perniagaan

Rata-rata warganet memuji keindahan kek mereka yang dilihat cukup artistik dan eksklusif

by Khai Azfar
December 9, 2021
Share on Facebook

Selain kerjaya seni, penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) Suki Low sebenarnya mempunyai beberapa perniagaan yang diusahakannya selama ini.

Kek Ophelia Bakes Viral 

Antaranya adalah perniagaan berasaskan kek yang turut tular di media sosial baru-baru ini. Semuanya kerana cetusan idea dan hiasan kek daripada Ophelia Bakes milik Suki dan rakan perniagaannya, Nabila Asyiqin yang juga merupakan pensohor media sosial.

Sebelum ini, rata-rata warganet memuji keindahan kek mereka yang dilihat cukup artistik dan eksklusif sekaligus menjadi pencetus hiasan sedemikan buat pengusaha-pengusaha kek yang lain.

via Instagram Ophelia Bakes

“Saya jalankan perniagaan berasaskan bunga dan kek dalam premis yang sama. Nabila dari Ophelia Bakes adalah kawan baik saya dan dah lama dia buat kek untuk saya punya perniagaan, Celestian Creations sejak daripada awal pembabitan lagi.

Ketika enam bulan perniagaan, kami rasakan haluan dan visi kami adalah sama dimana kami ingin berikan sesuatu yang astetik dan berkualiti kepada pelanggan. Jadi disitulah bermulanya kerjasama kami dan jadi rakan perniagaan” kata Suki kepada Murai.my

GV Bantu Promosi Perniagaan 

via celestial_sukilow

Dalam pada itu, Suki juga tidak menolak pembabitan di dalam GV sedikit sebanyak membantu promosi perniagaannya.

“Sudah tentu GV membantu perniagaan saya dalam cara yang positif. Saya sangat teruja sebab sebelum ini saya hanya jalankan perniagaan secara kecil-kecilan bermula pada tahun lepas dan baru sahaja genap setahun. Walaupun ibu saya mengusahakan kedai bunga tetapi untuk saya bergelar sebagai seorang usahawan masih baru dan ia merupakan satu proses pembelajaran yang cukup menyeronokkan.

“Harap selepas ini, lebih ramai orang akan mengetahui mengenai perniagaan kami dan menyukainya. Kalau nak tempah kek atau bunga ke boleh ke Instagram kami dan kami akan uruskannya” katanya lagi menutup bicara

Suki ditemui Murai.my ketika konsert mingguan GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) minggu ketiga baru-baru ini. Menyanyikan lagu asal Dato Sri Siti Nurhaliza berjudul Badarsila, Suki menduduki tangga keempat dengan perolehan markah 78.60%. Persembahan tersebut mendapat pujian ramai setelah Suki berjaya membawakannya dengan baik.

ophelia bakessuki
https://lomp.at/uzei5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @bellaastillah (IG)
Lokal

Tak Izin Anak Jumpa Bapa Kandung? Adik Bella Astillah ‘Sound’ Netizen

by Nurul A.
March 26, 2026

Tak habis-habis, kali ini nama penyanyi Bella Astillah menjadi sebutan beberapa individu selepas dia dituduh tidak membenarkan anak-anaknya daripada berjumpa...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara