Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Padah Ketagih Makan Makanan Pedas, Syafie Naswip Derita Kejang Perut Dan Sukar Bernafas

by Puteri Alia
September 1, 2023
Share on Facebook

Pelakon Syafie Naswip, berkongsi pengalaman melakukan pembedahan apendiks di sebuah pusat perubatan swasta memberikan banyak pengajaran buatnya.

Syafie menerusi hantaran dalam Instagram (IG) berkata, apa yang dilalui sepanjang berdepan kesakitan membuatkannya serik.

“Perjalanan yang mencabar. Ia adalah pengalaman baik, tetapi bila fikir balik satu kenangan yang menakutkan untuk diingati. Kejang perut selama dua hari.

“Sakit hanya Tuhan yang tahu. Setiap malam, setiap saat beralih ke sana sini sebab sakit, sampai beri kesan pada nafas,” katanya.

Terdahulu, Syafie berhadapan detik cemas apabila dikejarkan ke hospital kerana mengalami kejang perut dan sukar bernafas.

Menerusi perkongsian di IG, bintang filem Mukhsin itu memuat naik foto dirinya sedang terbaring di katil hospital sambil menerima rawatan.

Syafie berkata, tabiatnya gemar makanan pedas antara faktor berhadapan dengan penyakit berkenaan.

“Ia kesalahan saya sebab ketagih masakan pedas sejak kecil. Tetapi, saya belajar banyak benda baharu selama empat hari kuarantin di hospital,” katanya.

Berikutan itu, Syafie turut meluahkan penghargaan kepada semua yang prihatin terhadap dirinya.

“Terima kasih semua yang datang jenguk, doa, ucapan di WhatsApp atau mesej langsung. Minta maaf tidak sempat nak balas satu-satu.

“Sebab masa yang ada untuk berehat. Akan diusahakan balas satu demi satu, terima kasih,” tulisnya.

“Bagaikan Aur” – Kisah Keluarga Sarat Nilai Kasih Sayang Di Panggung RTM
syafie naswip
https://lomp.at/qlvfv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Hampir 5 Tahun Perkahwinan, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Sah Cerai Talak 1- “Semua Dah Selesai”

by Nurul A.
April 2, 2026

Nampaknya teka-teki mengenai status rumah tangga penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusof Bahrin akhirnya terjawab. Selepas hampir lima tahun perkahwinan,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara