Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Padam Semua Video! Sugu Pavithra Umum Berundur Dari YouTube

by Khai Azfar
July 27, 2020
Share on Facebook

Sejak awal minggu lalu, pasangan selebriti media sosial yang terkenal di laman YouTube, M.Sugu dan S.Pavithra menjadi tumpuan ramai apabila timbulnya konflik hubungan pasangan suami isteri itu yang mana Sugu dilaporkan cuba untuk mencederakan Pavithra.

Sebutan Semula 17 Ogos 

Sugu dan Pavithra yang sudah berbaik ketika di Mahkamah Sesyen Ipoh

Susulan daripada itu, Sugu telah ditahan reman sebelum dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga perbicaraan kes selesai. Sugu didakwa atas kesalahan memiliki senjata berbahaya dan sebutan semula akan dijalankan pada 17 Ogos depan.

Tidak Lagi Mahu Terlibat Dengan YouTube 

Belum pun reda mengenai isu tersebut, pasangan itu dikatakan telah memadam kesemua 98 video yang dimuatnaik mereka sebelum ini di laman tersebut sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi orang ramai. Sugu dan Pavithra yang dilihat telah berbaik semula bagaimanapun telah membuat keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum sekaligus menjawab teka-teki daripada warganet.

Mahu Jadi Keluarga Biasa 

Memetik laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat kerana mereka ingin menjadi seperti keluarga yang biasa dan Sugu juga berkata masih ramai mereka diluar yang sana jauh lebih berbakat.

“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube lagi.

“Biar kami kekal satu keluarga biasa sahaja.

“Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada, tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” katanya menerusi laporan itu.

Untuk rekod, akaun Sugu Pavithra yang mula aktif sejak 28 Januari lalu menjadi perhatian umum terutama ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sekitar Mac. Malah, bakat yang dimiliki oleh Pavithra dalam menyediakan pelbagai menu masakan serta berkongsi pelbagai tips gaya hidup turut dipuji oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pavithra juga telah diiktiraf sebagai salah seorang ikon bandaraya Ipoh bagi tahun 2020 dan mendapat ‘silver play button’ dari pihak YouTube kerana mendapat lebih dari 100,000 subscriber.

Sugu PavithraVideo Sugu Pavithra
https://lomp.at/4njx0
Share5Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Foto - @ericjjlay (IG)
Asia

Eric Lay Akui Tertekan Lakon Babak Bogel Dalam ‘Kong Tao’

by Nurul A.
March 19, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai hari ini, 19 Mac 2026. Pasukan produksi...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara