Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Pak Nil, Podcast dan Kisah Di Sebalik Kesinambungan 6 Tahun Bersama Eskayvie

by Phic ARMAN
January 26, 2026
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sebut sahaja Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil, MURAI terus terbayang senyuman hangat dan aura positif beliau yang dekat dengan orang ramai. Tapi tahukah anda, Pak Nil sebenarnya bukan sahaja ikon media, beliau juga duta jenama kesihatan yang sudah bersama beliau selama enam tahun! Rasanya ramai yang tahu podcast nya, “Kita-Kita Aje”, di mana Pak Nil berbual santai tapi bermakna tentang keibubapaan, cabaran membesarkan anak-anak, dan dinamika kekeluargaan dalam dunia moden.

Dari tekanan pendidikan, pengaruh skrin terhadap emosi, semua topik ini disentuh dengan nada tenang, jujur, dan penuh empati. MURAI tengok sendiri, cara Pak Nil bercakap memang buat orang rasa dekat, macam dengar nasihat kawan sendiri.

YouTube video

Bayangkan pula, baru sahaja sesi perkenalan, podcast ini sudah raih ratusan ribu penonton di YouTube. Lebih menarik, ia dibawa khas dengan jemputan nama-nama besar seperti Datuk Shila Majid, Shila Amzah, Syed Saddiq, dan ramai lagi. Cara Pak Nil mengendalikan perbualan membuatkan ramai suka, dan inilah antara sebab utama kerjasama beliau bertahan enam tahun.

Dalam masa yang sama MURAI sempat menyaksikan beliau menyerikan Grand Annual Dinner 2026 oleh Eskayvie baru-baru ini, yang menghimpunkan warga kerja, usahawan dan rakan strategik. Bertemakan “The Journey Continues: From Purpose to Impact”, majlis itu bukan sekadar sambutan pencapaian, tetapi satu penghargaan kepada perjalanan bersama.

Yang paling comel, MURAI tengok maskot OWI dan packaging baharu Mindtropic Junior diperkenalkan. OWI bukan sekadar maskot — ia simbol potensi anak-anak yang menunggu sokongan tepat untuk diserlahkan. Murai boleh bayangkan anak-anak seronok, belajar tentang minda cerdas sambil tersenyum melihat OWI.

Hisyam Hamid Kantoikan AMT2025, Netizen Dakwa Sengaja Pilih Bella Astillah Sebagai Penyampai
Pelancaran maskot Owi dan packaging baharu Mindtropic Junior menandakan langkah penjenamaan yang lebih mesra kanak-kanak bagi menyokong usaha mendekati golongan keluarga

Menurut Dr. Kartika Wati Mohamed, pendekatan ini bukan sekadar memperkenalkan produk, tapi membina kesedaran dan tanggungjawab sosial melalui pendidikan, sokongan keluarga, dan rangkaian usahawan yang luas. Bersama Pak Nil, mesej ini sampai dengan cara yang dekat, realistik, dan memberi impak berpanjangan.

“Pak Nil bukan sekadar duta. Beliau adalah wajah yang menghidupkan misi kami, daripada podcast hingga ke setiap keluarga yang kami jangkau,” kata Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.

Dari podcast “Kita-Kita Aje”, interaksi mesra dengan orang ramai, hingga ke majlis dan OWI yang comel, MURAI boleh katakan satu sahaja, Pak Nil memang lambang impak sebenar jenama, bukan sekadar jualan, tapi membina kehidupan lebih sihat, berilmu, dan berdaya tahan untuk keluarga dan generasi masa depan. Dan semua ini tidak terlepas daripada misi Eskayvie yang sentiasa dekat dengan masyarakat.

Datuk Shila Majidshila amzahsyed saddiq
https://lomp.at/q5avj
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Ramadan 2026: 5 Bazar Lembah Klang Yang Selalu Full House Menjelang Maghrib

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Setiap kali tiba bulan Ramadan, bazar Ramadan menjadi antara lokasi paling dinanti orang ramai, sampai full house Selain menawarkan pelbagai...

Read moreDetails
Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Di Sebalik 1.71 KM Batik Hiasi Suria KLCC, Bukan ‘Designer’ Biasa-Biasa!

by Phic ARMAN
March 7, 2026

Sambutan Raya di Suria KLCC tahun ini tampil dengan kejutan yang bukan sekadar dekorasi biasa. Di sebalik paparan indah 1,710...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara