Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Pakar Sebut Keadaan Brooklyn Beckham Adalah Normal, Bukan Salah Ibu Bapa

by Nurul A.
January 29, 2026
Foto - @revista_velvet (IG)

Foto - @revista_velvet (IG)

31
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak dinafikan, ramai yang terkejut dengan luahan anak sulung pasangan David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Brooklyn Beckham baru-baru ini.

Hantarannya di Instagram Stories itu bukan sahaja memecahbelahkan keluarga, malah wujud beberapa pihak yang mempertahankan Brooklyn dan ada yang menyokong ibu bapanya.

“Ibu bapa saya telah mengawal sebahagian besar hidup saya. Saya membesar dengan kebimbangan yang teruk. Buat pertama kalinya dalam hidup saya, sejak berpindah jauh dari keluarga, ianya hilang. Saya tidak mahu berdamai dengan keluarga saya”, luah Brooklyn.

View this post on Instagram

Walaupun luahannya itu telah membuat ramai yang terkejut, namun pakar psikiatri Jonathan Alpert pula tampil menyatakan ianya satu keadaan yang normal dalam kalangan anak-anak selebriti.

“Apa yang Brooklyn laluinya sebenarnya sangat biasa di kalangan anak-anak selebriti yang membesar dalam dunia glamor. Apabila seorang kanak-kanak dibesarkan dalam persekitaran di mana mereka sentiasa diperhatikan, difoto dan menjadi sasaran liputan media, ia boleh menganggu proses normal dalam membangunkan rasa kendiri yang stabil dan mereka kekurangan privasi psikologi.”

View this post on Instagram

Tambahnya lagi, kesilapan kecil yang dilakukan oleh mereka dengan serta-merta boleh menarik perhatian umum dan sering mencetuskan pendapat yang tidak masuk akal. Tekanan ini boleh menyebabkan ketakutan berterusan untuk mengecewakan orang lain.

Dalam kes Brooklyn, walaupun terdapat perbalahan keluarga selepas perkahwinannya pada April 2022, dia nampaknya sedang bergelut untuk mencari identitinya dan kerjaya yang ingin diceburinya.

View this post on Instagram

“Bagi kebanyakan kanak-kanak selebriti, identiti mereka terbentuk lama sebelum mereka berpeluang untuk menemui siapa diri mereka sebenarnya. Ia boleh mewujudkan kebimbangan, kekeliruan, dan keinginan yang kuat kemudian untuk menjauhkan diri mereka daripada naratif keluarga.”

Dia juga menekankan bahawa ibu bapanya, David dan Victoria tidak sepenuhnya bersalah. Jonathan Alpert percaya konflik yang berterusan dalam keluarga Brooklyn Beckham itu bukanlah disebabkan oleh kaedah keibubapaan yang lemah.

[VIDEO] Ragam Sarimah Ibrahim & Keluarga Seronok Dapat Jumpa David Beckham
brooklynbrooklyn beckhamdavid beckhamjonathan alpertVictoria Beckham
https://lomp.at/txklu
Share12Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara