• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Pandanglah Dari Sudut Yang Berbeza” – Fizo Omar Kenang Jasa Baik Datuk Seri Najib

Fizo titip rasa terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri

by Puteri Alia
August 24, 2022
via Instagram Fizo Omar

via Instagram Fizo Omar

Share on Facebook

Berita tentang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang disabit hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta masih hangat diperkatakan oleh orang ramai di media sosial.

Apa yang berlaku pada bekas Perdana Menteri mendapat pelbagai tohmahan dan cemuhan masyarakat, namun ada juga yang memberi pendapat sebaliknya dengan memberi sudut pandangan yang rasional seperti pelakon dan usahawan Fizo Omar.

Bukan Untuk Diraikan

Murai MY menjengah ke Instagram Fizo, di mana pelakon dan usahawan ini menitip pesan agar masyarakat dapat memandang dari sudut yang berbeza dan bukan sekadar memberi sindiran tanpa henti apatah lagi meraikan nasib yang menimpa bekas Perdana Menteri tersebut.

“Ramai yang memberi reaksi sindiran terutama mereka yang mempunyai pendapat politik yang berbeza. Pada saya momen ini adalah bukan untuk diraikan.

Pandanglah dari sudut yang berbeza di mana ini adalah percaturan yang maha hebat Allah swr yang saya percaya ada mesej yang tersirat untuk kita semua.” Tulisnya

via Instagram Fizo Omar

Kenang Jasa Dan Pengorbanan

Dalam entri yang ditulis Fizo, selebriti ini juga mendedahkan dia berpeluang bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri dan menitipkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Najib atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan beliau.

“Beberapa kali saya berpeluang berkerjasama dengan DNS, terlalu banyak kebaikkannya untuk saya ceritakan disini.

Dan tidak dinafikan juga kita rakyat Malaysia dapat menikmatinya sepanjang kepimpinan DSN. Terima kasih saya ucapkan diatas jasa dan pengorbanan DSN.” Coretnya

Jadikan Sebagai Amaran

Fizo juga berharap dengan apa yang berlaku secara tidak langsung dapat membuka mata semua orang,terutama ahli politik dan juga para pemimpin bahawa sesiapa sahaja tidak terkecuali di bawah undang-undang negara.

“Semoga berlakunya momen bersejarah ini, membuka mata semua pihak dan juga memberi amaran keras kepada ahli-ahli politik dan juga pemimpin-pemimpin kita.

Bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan sesiapa pun tidak terkecuali di bawah undang-undang negara.” Tulis Fizo

Bak kata Fizo, pandang dari sudut yang berbeza. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja.

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- "Daddy Dulu Botol Mineral Je.."
fizo omarnajib razak
https://lomp.at/0fqrl
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

  5. 5

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore