Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

‘Jangan Salahkan Pandelela’- Selebriti & Rakyat Malaysia Titip Ucapan Semangat

by Phic ARMAN
August 5, 2021
Share on Facebook

Harapan Pandelela Rinong untuk memenangi pingat di Olimpik tidak kesampaian  di final platform 10m wanita. Dia akhirnya berada di kedudukan terakhir di antara 12 finalis di Pusat Akuatik Tokyo sebentar tadi.

Di laman twitter, rata-rata rakyat Malaysia berkongsi rasa kagum dengan alter penerjun negara ini. Salah seorang pengguna twitter @faizalhamssin menulis, gagal dapat pingat hari ini tidak mengubah kenyataan bahawa dia seorang legenda.

“Dalam kerjayanya, Pandelela membawa dua pingat Olimpik di Malaysia. 1 daripada 6 pingat yang dimenangi M’sia dalam Sukan Olimpik sejak Merdeka. Atlet bukan mesin pingat. Ada naik, ada turun. Tetapi itu tidak mengubah kenyataan bahawa dia legenda. Bangga dengan dia!”- tulis salah seorang rakyat Malaysia yang mendapat lebih dari 5k retweet.

Golongan selebriti juga mengambil peluang untuk memberi kata-kata semangat kepada Pandelela. Penyanyi antarabangsa, Yuna Zarai dalam satu tweet-nya menulis sangat berbangga dengan pencapaian Pandelela.

Pengguna twitter dengan akaun @looks_trippin pula menulis dengan harapan agar rakyat Malaysia tidak melupakan kejayaannya sebelum ini. Termasuklah mendapat pingat emas di FINA Diving World Cup dan banyak lagi.

“Jangan lupa bahawa Pandelela memenangi gangsa di London 2012, memenangi perak di Rio 2016 bersama Jun Hoong. Baru-baru ini dia telah memenangi emas di FINA Diving World Cup.

Dia mencapai banyak kejayaan, saya bangga dengan anda Pandelela Rinong”- tulisnya dan mendapat lebih dari 1.3 retweet.

Seorang lagi pengguna twitter bernama @sofiayumi16 menulis, rakyat Malaysia tidak seharusnya menyalahkan Pandelela di atas kegagalannya. Ini kerana bukan mudah untuk seseorang atlet mengekalkan prestasi mereka.

“Tolong jangan salahkan Pandelela sebagai seorang atlet, secara jujur tak kira betapa susahnya kita berlatih akan ada hari kita tak ‘perform’.Bukan senang untuk kekalkan prestasi diri lagi-lagi tekanan dari jurulatih dan tengok peserta lain yang lebih baik. Jadi baik anda diam!  Pandalela dah buat yang betul-betul terbaik.”- tulisnya dan mendapat lebih dari 1k retweet dari warganet.

Untuk info, pingat emas acara itu dimenangi Quan Hongchan dari China yang berjaya melakukan ‘perfect 10’ sebanyak tiga kali daripada lima terjunannya untuk meraih 466.20 markah keseluruhan.

Pingat perak menjadi milik seorang lagi penerjun China, Chen Yuxi dengan markah 425.40, manakala tempat ketiga dimenangi Melissa Wu dari Australia yang meraih 371.40 mata.

https://lomp.at/ml2n0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @fikri.madyiii (Threads)
Lokal

Individu ‘Flex’ Jadi Rakan Kelas Tengku Ampuan Pahang, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

by Nurul A.
March 26, 2026

Seorang individu, yang dikenali dengan nama Ahmad Fikri telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dirinya menjadi rakan sekelas kepada...

Read moreDetails
Foto - @bellaastillah (IG)
Lokal

Tak Izin Anak Jumpa Bapa Kandung? Adik Bella Astillah ‘Sound’ Netizen

by Nurul A.
March 26, 2026

Tak habis-habis, kali ini nama penyanyi Bella Astillah menjadi sebutan beberapa individu selepas dia dituduh tidak membenarkan anak-anaknya daripada berjumpa...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara