• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Rezeki Tak Memihak Kepada Beduk Di Awesome Raja Lawak

by Arsiqin Yusof
September 30, 2022
Share on Facebook

Seperti yang dijangka, program Awesome Raja Lawak minggu keempat telah berjalan dengan lancar Rabu lalu dan para peserta juga telah menunjukkan peningkatan.

Hal demikian turut diakui oleh Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak yang mengakui pihaknya gembira dengan prestasi ditunjukkan para peserta.

“Secara keseluruhan, kami gembira dengan prestasi dan energi luar biasa para peserta Awesome Raja Lawak untuk minggu keempat yang bangkit dengan penceritaan yang bagus dan relevan dengan perkembangan semasa. Malah, daripada segi keserasian juga semakin baik.

“Rata-rata peserta menunjukkan peningkatan dalam aspek penguasaan teknik bagi menyampaikan lawak dengan
berkesan dan teratur. Bukan itu sahaja, idea segar yang dicurahkan juga menarik dan menyerlah. Ini terbukti
menerusi komen-komen positif yang dilontarkan oleh ketiga-tiga juri tetap (Saiful Apek, Ayda Jebat dan Khir
Rahman) di mana rata-ratanya barisan peserta dianggap telah berjaya mempersembahkan sketsa bertaraf ‘final’
dan cukup berkualiti.

“Dalam menghasilkan sesebuah ‘content’ khususnya genre komedi, elemen paling penting dalam membuat jenaka adalah idea. Manakala tiga perkara asas yang perlu dititikberatkan ialah mencari bahan atau idea, menyusun bahan tersebut dan cara menterjemahkan sesuatu bahan secara visual. Oleh itu, kreativiti yang dipersembahkan oleh para peserta untuk minggu keempat yang bertemakan ‘Loghat’ harus diberi kredit kerana usaha keras mereka ternyata menjadi,” katanya.

Johan Ishak

Awesome Raja Lawak minggu keempat menyaksikan Soda meraih markah tertinggi sebanyak 87 peratus. Namun rezeki tidak memihak kepada kumpulan Beduk yang tersingkir dengan markah keseluruhan sebanyak 55 peratus.

“Kami dah tinggalkan segala masalah dan lakukan yang terbaik dalam persembahan minggu ini. Kami dah anggap rakan-rakan peserta dalam Awesome Raja Lawak ini macam keluarga, ada adik, ada abang.

“Kami kemana pergi memang berdua saja, kami juga buat pengacaraan secara freelance, jadi bersedialah rakyat Malaysia, lepas ni harga dah naik,” seloroh Beduk.

Dalam pada itu, peserta duo ini juga meninggalkan kata-kata pesanan buat rakan seperjuangan yang masih bertahan dalam pertandingan tersebut.

“Buat kawan-kawan atau adik beradik kami dalam Awesome Raja Lawak ini, kami doakan anda sukses dan semoga sampai ke final,” kata mereka.

Berikut adalah senarai markah penuh bagi setiap peserta Awesome Raja Lawak minggu keempat:

1. Soda 87%
2. Azhar 78%
3. Sedare 75%
4. Sesah 70%
5. Semmat 69%
6. Se’eh 67%
7. Manja 66%
8. Mabo 63%
9. Hanif 63%
10. Pelan 57%
11. Beduk 55% – Tersingkir

https://lomp.at/evsp5
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @nabilmahir (IG)
Lokal

[VIDEO] “Dah Bertahun Aku Sabar, Penipu”- Nabil Mahir

by Nurul A.
December 18, 2025

Hos dan pelakon, Nabil Mahir meluahkan rasa marahnya di platform Threads baru-baru ini apabila dia mendedahkan pengalaman yang kurang menyenangkan...

Read more
Lokal

Azah Aziz Kongsi Momen Terserempak Dengan Anna Jobling, Lain Pula Yang Netizen Perasan?

Pelakon dan model terkenal era 1990-an, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi beberapa keping foto di media sosial. Azah...

Read more
by Naddy Joe
November 27, 2025
Foto - @papalarisofficial (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”

Buat hal betul ye! Nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan hangat ramai. Selepas mencetuskan kontroversi...

Read more
by Nurul A.
December 19, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Depan Siti Nurhaliza

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Ammar Ahyan diminta menyanyi oleh Biduanita Negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza. Namun...

Read more
by Noah Ab
September 26, 2025
Lokal

“Dulu Sibuk Sampai Lupa Mengaji” – Zarina Zainuddin Tak Malu Belajar Semula Dari Iqra’ Pertama

Pelakon senior Zarina Zainuddin mengakui tidak malu berkongsi perjalanan peribadinya dalam memperbaiki bacaan al-Quran apabila mengambil keputusan untuk belajar mengaji...

Read more
by Puteri Alia
October 9, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore