• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Pawagam Odeon Bakal Dirobohkan? Ini 4 Fakta Menarik Mengenainya

by Khai Azfar
September 26, 2019
Share on Facebook

Pawagam Odeon barangkali merupakan satu lagi antara Pawagam tertua di Malaysia selepas Teater Coliseum yang dibangunkan sekitar tahun 1920.

Bakal Ditutup 

Pawagam Odeon yang terletak di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi ini merupakan salah satu daripada bangunan bersejarah yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan ramai. Namun begitu, terdapat satu perkhabaran yang menyedihkan yang mana pawagam ini akan dirobohkan dan digantikan dengan pembinaan servis apartment dan bangunan perniagaan bertingkat. Biarpun keputusan tersebut masih belum dimuktamadkan, warga tempatan mulai rasa sedih apatah lagi pawagam tersebut banyak menyimpan kenangan mereka. Untuk anda yang tertanya, berikut kami tampilkan 4  fakta menarik mengenai pawagam Odeon.

Dibina Pada Tahun 1936

Siapa sangka pawagam ini telah berusia 83 tahun! Ini bermakna bukan sahaja ibubapa, malah atuk dan nenek kita juga pasti pernah menonton di pawagam ini. Sayang bukan jika ianya dirobohkan begitu sahaja?

Pernah Menayangkan Filem Termahal

Salah satu fakta menarik mengenai pawagam ini, pada tahun 1981 Pawagam Odeon telah dipilih untuk menayangkan filem termahal ketika itu, Bukit Kepong yang diarahkan dan dibintangi oleh Jins Shamsudin.

Lokasi Tumpuan Warga Kota

Jika kini Pavilion dan Berjaya Times Square merupakan antara lokasi pilihan warga kota untuk menghabiskan masa atau menonton filem, dahulu lokasi ini pernah menjadi tumpuan ramai apatah lagi bagi menyaksikan filem-filem Melayu dan Tamil di bawah pengurusan Kumpulan Pawagam Iswaria dan Antena Entertains pada era 70-an dan 80-an.

Ditutup Pada 2016

Percaya atau tidak pawagam ini telah beroperasi selama 79 tahun! Pada tahun 2016, Pawagam Odeon telah menutup operasi mereka secara kekal dan kini ianya menjadi premis kedai barangan sukan, restoran dan kedai pakaian.

pawagam odeon
https://lomp.at/2pde0
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

HotList

“Mama Hasut Papa, Papa Pulak Pukul”- Sodiq Anak Johan Raja

by Aisy
December 22, 2025

Anak kedua kepada pelawak Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz atau Johan Raja Lawak dan isteri Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn iaitu Ahmad Sodiq...

Read more
HotList

Kereta Nissan Skyline R34 Milik Isteri Alif Irfan Jadi Hadiah Cabutan Bertuah Paling “Gila” Tahun Ini!

Sosialbuzz kalini kita kupas dunia motorsport tempatan yang digemparkan dengan satu kejutan besar apabila sebuah Nissan Skyline R34, yang sebelum...

Read more
by Aisy
December 11, 2025
HotList

Beg Tangan Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Buat Ramai Zoom-In

Jika sebelum ini tumpuan warganet tertumpu pada kereta mewah yang dinaiki, kali ini satu lagi detail kecil Sosial Buzz berjaya...

Read more
by Aisy
December 17, 2025
HotList

8 Tahun Kahwin, Baru Dapat ‘Proper Dinner’. Pengakuan Jujur Hafizh Syahrin Buat Ramai Tersentuh

Pelumba kebangsaan, Hafizh Syahrin Abdullah mencuri perhatian peminat apabila berkongsi momen ulang tahun perkahwinan kelapan bersama isterinya Noor Suzana Abdul...

Read more
by Aisy
December 15, 2025
HotList

Jojo Ghazali Dipuji Kerana Terlalu Jujur?

Luahan spontan jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, baru-baru ini mencetuskan reaksi...

Read more
by Aisy
December 19, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore