• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

[VIDEO] “Anak Aku Broke Down, Menangis Depan Laptop”- Netizen Mula Rasa Bimbang Dengan Murid Mengikuti PDPR

by Phic ARMAN
September 10, 2021
132
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak akhir-akhir ini, kita banyak dengar tentang keluhan dari pelajar merasa tekanan susulan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).  Ada yang melihatnya sebagai hal remeh namun sebenarnya masalah tekanan perasaan adalah persoalan serius lagi-lagi ia terjadi kepada murid di usia yang kecil.

Di laman twitter, seorang bapa berkongsi situasi anak perempuannya yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sewaktu pandemik ini. Bapa kanak-kanak ini yang menggunakan akaun dengan nama @NabilHussein memberitahu anaknya ‘broke down’ atau tertekan kerana terpaksa menghadiri kelas dalam talian.

“Anak perempuan aku ‘broke down’ sebab malas attend online class harini. Dia duduk depan laptop sambil nangis tapi tutup mic dgn kamera. Wow.” tulisnya di laman twitter

pic.twitter.com/kvuoRtCsyT

— PU Nabil ?? #Lawan (@NabilHussein) September 9, 2021

Dia turut berkongsi video menenangkan anaknya yang sedang menangis kerana tidak mahu mengikut kelas dalam talian.

Perkongian lelaki ini meraih perhatian netizen sehingga mendapat perkongsian atau retweet sehingga lebih 2,500 dan tanda suka melebihi 8 ribu. Rata-rata netizen turut bersimpati dengan anak kecil yang sepatutunya menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang normal.

“Kecik kecik dah burnout. kesian. sabar ye dik. nanti sekolah dah buka, cikgu dah vaksin, okay dah tu”- tulis @haziqhmle

“Kesian dowh, dulu x apa lah, sebab budak2 dapat enjoy main dgn kawan waktu rehat Kelas apa semua. Sekag study study study. Kesian sangat-sangat. Semoga semua kids strong”- tulis netizen yang lain.

Foto: ThenewsMinutes

Ada yang berkongsi pandangan agar guru-guru tidak membebankan pelajar dengan kerja sekolah yang banyak.

“Zaman PdPR ni aku sebenarnya harap sangat pihak sekolah tak tambah lagi dengan homework dekat budak budak. Habis kelas online tu kira setel je lah untuk haritu. Kesian aku tengok dah la kelas online penat mental sampai petang, lepas tu sambung pulak nak buat homework sampai malam”

“Ni pandangan aku je lah sebab dari apa yang aku borak dengan anak sedara aku darjah 5. Penat dia kata. Tu masa aku call waktu petang tengah buat homework. Aku suruh dia keluar main basikal ke apa ke dia dah takde mood katanya, nak siapkan keje jugak.”- balas seorang netizen dengan akaun @AbdulHeisenberg

Mungkin, PdPR bukanlah halangan untuk terus belajar bagi sekumpulan murid tetapi bagi kelompok yang lain mereka berpotensi berhadapan masalah tekanan perasaan. Kami di Murai berharap para pelajar dan murid-murid terus kuat. 

https://lomp.at/jzwep
Share53Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Budaya

Pantang Larang Ketika Tahun Baru Cina- No.4 Boleh Buat ‘Tuah’ Lari Sepanjang Tahun!

by Nurul A.
February 10, 2026

Tahun Baru Cina bukan sekadar reunion bersama keluarga dan rakan, dapat angpau atau main mercun. Tetapi bagi mereka yang menyambut...

Read moreDetails
Malaysia

Pemergian 5 Artis Malaysia Buat Selamanya Yang Paling Mengejutkan Di Tahun 2022

by Rory Kim
November 28, 2022

Mendengarkan kisah kematian setiap hari dan menghadapi kematian yang tersayang bukanlah satu perkara yang kecil. Hakikatnya perpisahan tidak pernah mudah....

Read moreDetails
Foto - Pinterest / @younnnnn35 (TikTok)
Budaya

[VIDEO] Terima Kad Raya Daripada Tengku Hassanal, Wanita Ini Kongsi Caranya…

by Soph Azz
April 8, 2025

Walaupun sekarang ini ramai yang lebih memilih untuk mengutuskan ucapan Selamat Hari Raya secara atas talian, tetapi tidak bagi sesetengah...

Read moreDetails
Budaya

Bahasa Gen Z Makin Pelik: Evolusi atau Kemerosotan?

by Arsiqin Yusof
March 31, 2025

Dalam era digital yang semakin berkembang, bahasa yang digunakan oleh Generasi Z (Gen Z) mengalami perubahan yang ketara. Perkataan dan...

Read moreDetails
Malaysia

Mydin Antara Syarikat Yang Mengalu-alukan Pekerja OKU, Kini Mempunyai 66 Orang

by Rory Kim
October 21, 2022

Baru-baru ini kecoh isu Caprice ingin menyaman Syarikat tersohor di Malaysia iaitu MYDIN Malaysia. Namun, terdapat satu tweet yang di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore