Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Peguam Bela Siti Bainun Teruk Diasak Hakim Dalam Perbicaraan Kes Adik Bella?

by Puteri Alia
June 3, 2022
Share on Facebook

Rakyat Malaysia sangat menanti-nanti perkembangan isu adik bella, apatah lagi kes perbicaraan telah mula dibicarakan di mahkamah.

Meninjau isu berkaitan ini, muat naik mantan Pegawai Tugas-Tugas Khas di bawah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Noor Liyana Ahmad Marzuki di laman Facebook nya mencuri perhatian lensa Murai.

Peguam Siti Bainun Diasak Hakim?

Dalam penulisan yang dikongsikan Liyana, beliau mendedahkan serba sedikit apa yang berlaku semasa perbicaraan kes adik Bella berdasarkan berita yang disampaikan oleh rakannya. Menurut Liyana, ada peguam yang teruk diasak dengan Hakim.

Meski Liyana tidak mendedahkan secara jelas identiti peguam mana yang dimaksudkan, namun berdasarkan hantaran yang dikongsikan menjurus kepada para peguam yang membela Siti Bainun.

“Peguam oh peguam!

Ada sahabat sampaikan pada saya. Cerita kes Bella semalam di Mahkamah.

Katanya, masak peguam diasak Hakim. Ada peguam yang tak tahu aturan kes. Dia bantahnya DPP (timbalan pendakwa raya) berdiri untuk re-examine saksi. Apa lagi, orang dalam galeri pakat gelak berjemaah.

Ada peguam lagi satu pula kena sound. Bantahan tak sudah-sudah dan soalan yang tak ada kena mengena. Nasib baik lah Hakim tu sabar juga orangnya.

Satu je saya nak cakap. Peguam ni suatu kerjaya profesional seperti doktor. Bukan semua doktor ada kepakaran yang sama bukan?

Sama lah dengan peguam. Peguam yang buat kes fitnah menfitnah sesama artis, tidak semestinya pakar nak buat kes jenayah.” Tulisnya

Perlu Pilih Peguam Ikut Kepakaran Kes

Liyana yang juga merupakan bekas Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, memberi pandangan bahawa setiap individu perlu melantik peguam mengikut kepakaran dan pengalaman masing-masing agar kes boleh diselesaikan secara baik.

“Makanya, kalau nak lantik peguam tanya betul-betul kepakaran dan pengalaman dia terdahulu. Kalau kes tuan kes jenayah, cari peguam yang buat kes jenayah.

Kalau kena saman bankrup, cari peguam bankruptcy. Kalau kena saman sivil, cari peguam sivil. Kalau nak cerai atau buat hibah cari peguam syariah.

Jangan sampai salah lantik pula. Elok-elok kes boleh settle cara elok, dapat peguam jenis hauk, kes anda nescaya ke laut. Tu jer nak mengomel hari ni. Mari doakan keadilan ditegakkan untuk Adik Bella!” Coretnya

via Facebook Liyana Marzuki

Netizen Banjiri Ruang Komen

Hantaran yang dikongsikan mendapat perhatian warganet dan masing-masing memberi komen serta mengkritik peguam yang diasak Hakim semasa perbicaraan adik Bella diruangan komen muat naik tersebut.

“Cari peguam kaki TikTok nak panggil cover kes jenayah. Memang hauk lah”

“Ni peguam baru lepas Chambering, gila glamour je”

“Basic dalam perbicaraan takkan tak tahu.. Naya pak karim” komen mereka

via Facebook Liyana Marzuki

Selain itu, ada juga yang bertanya sama ada peguam dari pihak Tunku Mahkota Johor (TMJ) hadir semasa perbicaraan dijalankan. Menurut Liyana, peguam Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir ke prosiding tersebut.

Kereta Nissan Skyline R34 Milik Isteri Alif Irfan Jadi Hadiah Cabutan Bertuah Paling “Gila” Tahun Ini!
via Facebook Liyana Marzuki

Semoga kes adik Bella mendapat keadilan yang sebenar dan pesalah dihukum mengikut kesalahan yang dilakukannya. #JusticeForBella

bellaJustice For Bellasiti bainun
https://lomp.at/hpsed
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Fila Amir Bersyukur Berjaya Beli Rumah-“Menumpang Rezeki Anak…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pempengaruh dan usahawan, Fila Amir berkongsi khabar gembira apabila dia berja merealisasikan impiannya rumah sendiri, baru-baru ini. Fila atau nama...

Read moreDetails
Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Sekolahkan Netizen Selepas Dituduh Tumpang Populariti Anak-Anak?-“Senang Je Judge Orang…”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil 'sekolahkan' salah seorang netizen di media sosial yang melemparkan tuduhan kepadanya yang didakwa menumpang populariti anak-anak...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara