• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Pelanggan Tak Sabar Minta ‘Refund’, Chef Wan Kongsi Pengalaman Ditipu Ribuan Ringgit

by Khai Azfar
May 6, 2021
Share on Facebook

Seperti yang diketahui umum, bermula hari ini pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga telah dikenakan buat beberapa daerah di negeri Selangor diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga daerah di Johor.

Chef Wan Akur Perintah Kerajaan

Mengalami nasib yang sama seperti pengusaha restoran dan penjaja lain, chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan turut akur dengan perintah kerajaan mengenai larangan makan di dalam kedai dan penganjuran sebarang buffet sertai majlis rumah terbuka sepanjang PKP.

Berkongsi di laman Instagram nya, Chef Wan bagaimanapun terkilan dengan sikap segelintir pelanggannya yang tergesa-gesa meminta pulangan wang berikutan pembatalan buffet Ramadan dan menganggapnya seolah-olah akan menipu mereka. Tegas chef terkenal ini, pengumuman PKP baru sahaja diumumkan oleh kerajaan dan pihaknya perlu meniliti semula dokumen dan merujuk kepada pihak bank untuk tujuan pemulangan semula wang kepada pelanggan.

“Ya Allah, sabar la, sabar! Siap comment lagi nak duit dia balik cuba cerita mcm mana kerana dia juga mewakili ramai orang lain. Macam la saya nak menipu mereka after explaining dah semalam what i plan to do. Kan baru jadi ni

“Kita pun nak kena tanya accounts department, rujuk with the credit cards and bankers. Baru la boleh tahu cara betul dan professional to go about” tulisnya

Ditipu Ribuan Ringgit

Dalam pada itu, Chef Wan turut mengimbas kembali pengalamannya terdahulu yang pernah ditipu ribuan ringgit sehingga ada diantaranya menangis tidak dapat membayar hutang sebelum individu tersebut meninggal dunia. Bagaimanapun, menuruf pemilik De Wan 1958 ini dia sudah menghalalkan hutang tersebut dan berkesempatan menghadiri majlis pengebumian individu itu.

“I have lost huge amount of money before. Once a stockist from JB for our knives and cookwares ambil stock by the name of fauziah ni pun lesap cabut tak bayar satu sen pun. I lost more than rm200K! Buat show di Sg Petani another lady tipu saya rm5000 pun biasa. In Singapore pun once i was not paid for my work worth S$25K. Kerja habis duit dia guna to salvage her business yang jatuh”

“Sebelum dia meninggal dia mengaku tak dapat bayar hutang itu dan menangis yang saya masih boleh membantu dia duit lagi dan datang ke hospital to visit her. I said please saya sedekah kan duit tu pada u dah halal kan duit itu. She cried holding my hand by the bed side. 2 days later she passed away and i even attended her funeral”

“What is money la bila melihat orang menderita mcm tu? They are helpless! Yes what she did was wrong base on trust and integrity. But Allah itu maha pengampun lagi kan penyayang. Yang pasti bila kita halal kan duit itu ia juga menjadi pahala sedekah kita balik dan dapat pulak pahala sabar dan being kind, thoughtful and maafkan dia. People who cheated me trust me will spent the rest of their life in guilt! Saya tak perlu menagih hutang itu pun malahan saya sedekah kan balik kepada mereka dan maaf kan mereka hari ini. Jangan risau Allah dan puas buka pintu rezeki saya pada tempat yg lain untuk di ganti kan balik” tulisnya lagi

Via Instagram Chef Wan

Dalam hantaran susulan, pihak pengurusan restoran Chef Wan telah memaklumkan mereka akan memulakan proses pemulangan wang kepada pelanggan yang telah membuat tempahan. Difahamkan proses tersebut akan mengambil masa 7 hingga 14 hari pemulangan.

Kebenaran Terbukti! Chef Wan & Serina Menang Kes Fitnah Termasuk Tuduhan Pedofilia
chef wan
https://lomp.at/9rbcl
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Isu Menjadi Mangsa Gangguan Seksual, Netizen Ini Dakwa Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis?

by Naddy Joe
September 6, 2022

Industri hiburan baru-baru ini digemparkan dengan pendedahan mengejutkan oleh pelakon, Puteri Balqis yang menceritakan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual...

Read moreDetails
Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore