Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ingin Sosial Media Pekerja Diselidik, Pembantu Peribadi Selebriti Terkenal Dikecam

"Supaya I boleh tengok perangai macam mana. Jenis suka kutuk company or boss dia kerja ke" -tulisnya

by Khai Azfar
June 21, 2021
Share on Facebook

Di laman Twitter, seorang wanita dipercayai pembantu peribadi kepada seorang selebriti terkenal dikecam oleh netizen gara-gara mendedahkan bakal pekerja syarikat majikannya perlu memberi butiran akaun sosial media mereka.

Akaun Sosial Media Perlu Diselidik

Menurut wanita tersebut, ciri-ciri tersebut perlu diketengahkan kerana enggan imej syarikat mahupun majikan disensasikan di media sosial.

Malah, dia juga berkata bakal pekerja perlu diselidik secara teliti sekiranya menjadikan sosial media sebagai medium untuk mengecam kerajan mahupun sebaliknya selain menyifatkan orang zaman sekarang sukar dipercayai.

“Next time kalau I nak cari staff, I akan minta Instagram, Twitter and FB dia. Supaya I boleh tengok perangai macam mana. Jenis suka kutuk company or boss dia kerja ke, jenis suka kutuk government ke, atau sebagainya. Sebab manusia sekarang susah ya nak percaya” ciapnya

Netizen Tidak Setuju

Meninjau ke ciapan netizen, rata-rata mengecam tindakan pembantu peribadi selebriti tersebut kerana beranggapan media sosial adalah ruang buat seseorang untuk meluangkan masa atau berkongsi sesuatu secara peribadi. Tambah mereka, kriteria seumpama itu juga dilihat seperti tidak professional.

“Kalau masa interview minta macam ini. Cakap jela i tak nak kerja dengan bos macam ini. You as a boss, kena minta feedback dari pekerja. Kalau ada orang rant about you & your company maksudnya your company ada masalah. Investigate. Unless pekerja itu yang bermasalah, baru lah ambil tindakan pada pekerja itu” ciap seorang netizen

Malah,mereka turut berpesan agar tidak berkongsi akaun sosial media kepada rakan sekerja mahupun kepada syarikat bagi mengelakkan perkara peribadi mahupun tidak diingini berlaku pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, carian Murai.my terkini mendapati akaun wanita tersebut telah pun ditetapkan pada mod ‘private’.

pembantu peribadi selebriti
https://lomp.at/umxlt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara