• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Peminat Berdebat Gara-gara Adegan Amelina & Sham Visa Intim Dalam Selimut

by Zaidin Albert
August 10, 2020
15
KONGSIAN
Share on Facebook

27 tahun menanti, akhirnya ratu dangdut Amelina muncul dengan lagu berentak Balada berjudul Ada Untukmu. Siapa sangka, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, berjaya membawa lagu balada ini dengan baik sekali.

Muzik video rasmi yang baru dilancarkan pada dua hari lalu menerima pujian dari peminat. Muzik video yang dilancarkan disaluran Youtube Nova Music Video itu turut menampilkan penyanyi, Sham Visa sebagai pelakon.

Secara keseluruhan, muzik video ini berkisarkan tentang kehidupan rumah tangga pasangan yang berdepan dugaan apabila si isteri meninggal dunia.

Menurut tinjauan Murai My di ruangan komen, segelintir peminat tidak selesa dengan adegan pasangan ini begitu mesra di bawah selimut. Adegan ini telah mencetuskan pergaduhan dikalangan peminat di ruangan komen.

Walaupun ramai yang beranggapan adegan dalam selimut itu menjadi bualan hangat, namun Amelina akui dia selesa bergandingan dengan Sham.

Dipetik dari Harian Metro, Amelina berkata gandingannya bersama Sham memudahkan kerja penggambaran.

“Saya memang sudah mengenali Sham dan itu sedikit sebanyak memudahkan kerja penggambaran kerana kami sudah serasi. Kami juga tak kekok memandangkan usia kami pun sesuai dengan karakter yang dimainkan,” katanya kepada Harian Metro.

Sehingga artikel ini ditulis, muzik video tersebut sudah mendapat 11 ribu tontonan.

https://lomp.at/inkak
Share13Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

by Farah Fatihah
January 11, 2026

Taman Botani Shah Alam merupakan salah satu destinasi rekreasi yang popular di Selangor. Terletak di tengah bandar, taman ini menawarkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore