Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026
Foto - @the_haidars (IG)

Foto - @the_haidars (IG)

23
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura.

Memetik kenyataan Que atau nama sebenarnya Tengku Ishkan Shah Tengku Haidar daripada Gempak, pelakon ini tidak menolak spekulasi peminat yang mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

View this post on Instagram

“Benda yang baik-baik kita aminkan. Itu je. Sebagai manusia, kita memang nak benda yang baik berlaku dalam hidup kita. Semua orang pun rasa macam tu. Jadi, apa yang baik-baik, alhamdulillah.”

View this post on Instagram

Hanya mampu mengaminkan doa daripada peminat buat dirinya, Que menekankan bahawa jodoh adalah ketentuan daripada Allah S.W.T dan ianya tidak boleh dikawal oleh manusia.

“Jodoh kita tak boleh tolak. Jodoh Allah yang atur. Macam mana nak tolak jodoh? Ajal pun kita tak boleh tolak atau lambat-lambatkan. Jadi benda tu memang tak boleh kawal. Jodoh, ajal kita memang tak boleh kawal.”

View this post on Instagram

Pada masa yang sama, Que turut berkongsi pengalamannya bertemu semula dengan Fazura setelah sekian lama. Walaupun sudah lama tidak bertemu, Que mendedahkan bahawa Fazura masih kekal dengan sifat ramah mesra dan rendah dirinya.

“Kerjalah. Saya dengan Faz (Fazura), kita dah kenal lama. Tapi dah lama tak jumpa pun. Bila jumpa balik saya malu, itu je yang boleh saya gambarkan.”

View this post on Instagram

“Sangat friendly. Daripada saya kenal dulu, walaupun dah lama tak jumpa, masih orang yang sama. Tak ada perubahan personalitinya. Dia baik. Kalau nak banding pun, dia orang yang sama je. Malah mungkin bertambah matang lagi.”

Untuk makluman semua, kerjasama antara Que Haidar dan Nur Fazura untuk sebuah jenama pakaian tempatan telah menarik perhatian ramai orang. Chemistry antara mereka telah membuatkan peminat cuba untuk ‘mengkenenkan’ kedua-dua selebriti ini.

[VIDEO] Tak Sanggup Lihat Anak Menangis, Fazura Tunaikan Permintaan Anak Untuk Bergambar Dengan Mascot Daisy Duck!
fazuraNur Fazuraque haidartengku ishkan shah tengku haidar
https://lomp.at/hy7iv
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
Foto - @kakya_nadia (Threaads) / @abbyabadi_112 (IG)
Lokal

Kakak Umisya Mazlan Tolak Dakwaan Abby Abadi- “Confirm Takde Bukti?”

by Nurul A.
April 1, 2026

Nampaknya kontroversi melibatkan pempengaruh Umisya Mazlan, Ahmad Aslam dan Marissa Dania Hakim tiada penghujungnya. Kali ini kakak Umisya, Nadia tampil...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara