• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Peminat Saya Luar Biasa”- TokTi Terkejut Peminat Sanggup Bayar Iklan Digital Buat Kejutan Dekat Bukit Bintang

by Puteri Alia
November 28, 2024
Share on Facebook

Siapa sangka, Biduanita Negara kita, Datuk Seri Siti Nurhaliza, bukan saja berbakat dalam menyanyi, tetapi juga sangat menghargai peminat-peminatnya yang setia.

Baru-baru ini, TokTi meluahkan rasa terharu apabila mendapat kejutan istimewa daripada peminat-peminatnya yang sanggup membelanjakan wang mereka untuk membeli ruang iklan di papan iklan digital di Bukit Bintang.

Iklan tu bukanlah murah, tapi demi TokTi, peminat-peminatnya sanggup juga meluangkan bajet mereka. Memang luar biasa!

Dalam satu perkongsian di media sosial, TokTi berkongsi bahawa dia meluangkan masa untuk pergi ke lokasi tersebut sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang begitu gigih mengumpul duit untuk membeli iklan itu.

TokTi berkata, “Itu sebagai tanda terima kasih saya kepada peminat-peminat saya yang dah bersusah payah, sama-sama kumpul duit untuk beli iklan di papan iklan itu yang bukan murah.” Siapa sangka, dahsyat betul sokongan peminat Siti, sampai sanggup buat benda macam ni.

Namun, TokTi juga terkejut kerana tidak pernah menyuruh atau meminta peminat-peminatnya berbuat begitu. “Walaupun saya tahu peminat saya ini memang luar biasa dan dari mula sampai sekarang mereka tetap menyokong, tapi saya tak minta mereka sehingga beli iklan di papan iklan itu kan,” tambahnya sambil tersenyum.

Bukan apa, TokTi tak sangka orang sanggup buat kejutan sebesar itu untuk dia. Walaupun dia tidak mengharapkan begitu, peminat-peminatnya tetap berusaha dan menganggapnya sebagai hadiah buat Siti.

Tapi, yang lebih kelakar dan manisnya, TokTi sendiri sempat memberi kejutan balik kepada peminat-peminat yang tak sangka dia akan hadir.

TokTi dengan selamba pergi ke sana dan ‘terjengul’ di depan papan iklan tersebut. “Saya kalau boleh kalau tak ada orang pun tak mengapa sebab saya nak duduk situ ambil gambar sebagai kejutan semula kepada peminat,” katanya.

TokTi Dilantik Profesor Adjung UiTM - "Saya Bukan Usahawan Mas­yhur, Tapi Ini Amanah Besar"

Jadi, bayangkan lah TokTi yang cantik dan glamour tu, tiba-tiba muncul di Bukit Bintang dan bagi kejutan kepada peminat yang tak tahu dia akan datang. Memang moment yang luar biasa la tu!

Tapi, apa-apa pun, peminat-peminat TokTi memang luar biasa, dan TokTi pula tak pernah lupa untuk menghargai mereka. Inilah yang kita nak tengok, hubungan yang saling menyokong dan memberi inspirasi.

datuk seri siti nurhalizatokti
https://lomp.at/x37zm
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @chazynash (IG)
Lokal

“Salah Dari Sisi Islam Ke Tak, Biar Saya Tanggung. Tamak Betul”- Chazynash

by Nurul A.
January 8, 2026

Nampaknya isu perceraian pempengaruh media sosial, Chazynash dan bekas isterinya, Fatin Morat terus menjadi perhatian orang ramai. Kali ini  Chazynash,...

Read moreDetails
Foto - @truedollah (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Bella Bersama ‘Lelaki Terbaik’, Netizen Gesa Space Dollah “Spill The Tea”

by Nurul A.
January 16, 2026

Seorang pendaki Amerika (@terrypernell) yang turut mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini telah menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik video bersama...

Read moreDetails
Foto - @sodiq4_ (IG)
Lokal

[VIDEO] Hantar Anak Ke Rumah Yatim Selama 3 Hari, Johan Perjelas Sebabnya- “Hukuman Untuk Diri Dia”

by Nurul A.
December 23, 2025

Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Johan baru-baru ini mencuri perhatian selepas tular sebuah video temu bualnya, menceritakan pengalaman tegas...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Dimasukkan Ke Hospital, Sempat Pesan- “Jangan Lupa Minum Air Guys..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Perkongsian personaliti media sosial, Khairul Aming mencetuskan pelbagai reaksi peminat selepas dia terpaksa dimasukkan ke salah sebuah hospital di ibu...

Read moreDetails
Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    Fenomena ‘Reseller’ Di Kedai Barangan Terpakai Cetus Rasa Tidak Selesa Pengunjung

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore