Ahli kumpulan BLACKPINK, Kim Jisoo menunjukkan penghargaannya kepada beberapa pekerjanya di agensi BLISOO. Jisoo yang turut menjadi Pegawai Eksekutif (CEO) telah menghadiakan beberapa beg Dior mewah yang bernilai sehingga RM10,708.78.
Untuk makluman semua, ahli BLACKPINK tidak memperbaharui kontrak mereka dengan YG Entertainment sejak tahun 2023. Mereka telah menubuhkan agensi mereka sendiri untuk menguruskan aktiviti solo mereka, kecuali Rose.
Bermula dengan ODD ATELIER milik Jennie, LLOUD milik Lisa dan BLISOO milik Jisoo.
Baru-baru ini, pekerja agensi BLISSOO memuat naik gambar di Instagram Stories untuk meluahkan rasa terima kasih mereka. Mereka mempamerkan beg tangan hitam yang dihadiahkan oleh Jisoo sebagai hadiah.
Menurut allkpop, hadiah itu disediakan sendiri oleh Kim Jisoo. Dia membeli beg itu dari rumah fesyen DIOR, yang diwakilinya sebagai duta global. Tindakan manis ini merupakan tanda penghargaan daripada Jisoo kepada pekerjanya.






