Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pencipta Lagu TokTi, Ross Ariffin Kini Tidak Lagi Bergelar Gelandangan, Diberi Rumah Untuk Berteduh Dan Teruskan Hidup

by Puteri Alia
February 20, 2024
Share on Facebook

Umum bersetuju bahawa kewujudan individu berstatus gelandangan mungkin boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesempitan hidup, kemiskinan bandar, konflik keluarga, gejala sosial, gangguan mental, penyalahgunaan dadah, sikap dan lain-lain.

Gelandangan juga bukanlah isu terpencil yang hanya menghimpit negara-negara membangun sahaja. Akan tetapi gelandangan merupakan isu universal yang turut dialami oleh negara maju.

Bagi masyarakat awam pula, kita diharap tidak terlalu mudah membuat kesimpulan dalam membuat penilaian tentang isu orang gelandangan. Baik kepada agensi tertentu mahupun kepada orang gelandangan itu sendiri.

Penampilan diri dalam keadaan tertentu tidak bermakna individu tersebut tidak bermaruah. Tidur di kaki lima tidak bermaksud individu itu tiada pekerjaan dan malas. Anak-anak kecil berlari ke sana sini tidak semestinya diabaikan ibu bapa mereka.

Islam menolak sangkaan buruk kepada yang lain. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah berdosa…” Perbuatan mencela atau mengeji individu lain berdasarkan penilaian sendiri juga tidak dapat menyelesaikan sebarang masalah.

Berbahas isu ini, baru-baru ini pemuzik dan komposer terkenal, Ross Ariffin,  akhirnya keluar daripada status gelandangan apabila menerima kediaman projek perumahan rakyat (PPR) Muhibbah di ibu kota daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Memetik laporan sebuah portal berita online, Ross atau nama sebenarnya, Roslan Ariffin Jamil memaklumkan dia bersyukur dengan rezeki kediaman dimiliki itu dan menyifatkan ia sangat bermakna buat dirinya untuk meneruskan kehidupan.

“Ya, saya ada dapat rumah PPR Muhibbah, DBKL. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah. Kediaman yang bagus dan saya amat bersyukur mendapatkannya untuk didiami tidak lama lagi. Kunci rumah, mungkin dapat minggu depan.

“Apapun, ini dilihat sebagai permulaan yang baik bagi saya untuk kembali berkarya. Perancangan memang ada, tapi perlahan-lahan dulu dan semoga semuanya baik-baik serta lancar,” katanya.

Ross yang berasal dari Melaka dan sudah selesa menetap di ibu kota berkata, tiada apa lebih menggembirakannya ketika ini selain daripada berita gembira mendapatkan rumah di PPR Muhibbah itu.

Selesai Jalani Pembedahan, TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika- "Rehat Dulu Jangan Buat Show"

Baru-baru ini, kisah hidup menyayat hati Ross yang tiada kediaman sendiri menyebabkan dia menjadi gelandangan sejak lebih tiga tahun lalu menarik perhatian ramai selepas tular di media sosial.

Malah, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil juga tampil bertemu dengan Ross untuk mengenalinya lebih dekat sekali gus memberikan bantuan bagi mendapatkan rumah PPR untuk lelaki itu berteduh.

Seputar info, Ross dahulu pernah menyertai orkestra di London sebagai pemain biola dan juga aktif sebagai pemuzik undangan adalah komposer yang menciptakan lagu penyanyi hebat tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aishah, Jaclyn Victor dan Fauziah Latiff.

Bahkan, antara lagu popular ciptaan Ross ialah Dia, Kemaafan Dendam Yang Teindah serta Kau dan Aku nyanyian Ning Baizura yang memenangi Anugerah Juara Lagu bagi kategori Pop Rock pada 1995.

Datuk Aishahdatuk seri siti nurhalizaFauziah LatiffRoss Ariffin
https://lomp.at/hup1f
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang melakukan 'cover' sebuah...

Read moreDetails
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

[VIDEO] Tiada Syarat Penampilan, Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga

by Nurul A.
January 20, 2026

Peminat jadi tak keruan selepas pelakon Meerqeen mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Menerusi temu bual podcast Myn & Cat di YouTube,...

Read moreDetails
Foto - @lufyalaana (IG)
Lokal

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

by Nurul A.
January 29, 2026

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara