Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Penganjur Bidas Komen Rizman Ruzaini Mengenai Baju Natasha Hudson

by Khai Azfar
January 7, 2021
Share on Facebook

Susulan daripada busana pelakon Natasha Hudson mendapat kecaman dan teguran daripada warganet serta pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, penganjur merangkap ‘Master Partner’ yang juga rakan kongsi produk suplemen kesihatan Crystal C White, Nor Shahlina Abu tampil mempertahankan duta produk mereka itu.

Rizman Ruzaini Tidak Patut Melatah

Menurut Nor Shahlina, dia akui agak terkilan dengan jawapan balas pereka fesyen itu berhubung busana ‘muslimah seksi’ yang digayakan Natasha pada petang Selasa. Pada hematnya, sebagai pereka fesyen terkenal, jenama duo popular itu tidak patut melatah dengan menghentam balik waima siapa pun pemakainya.

“Sebagai pereka fesyen, dia tak patut menghentam balik terhadap siapa pun yang memakai baju rekaanya. Termasuklah Natasha Hudson. Rekaan baju yang dianggap kontroversi kerana kononnya mendedahkan bahagian bahu dan betis Natasha berlapik. Ia ada ‘lining’ dan bukannya ‘bare shoulder’.

“Cara pereka fesyen itu menjawab seperti marah dan seolah olah macam hina sangat Natasha menggayakan busana rekaannya. Sepatutnya dia ‘back up’ dengan cakap benda yang lebih elok dan bukannya menambah bara

“Cara pereka fesyen itu menjawab memang seperti menghentam dan menghina,” kata Nor Shahlina dalam sebuah kenyataan.

Baju Dibeli Dan Bukan Ditaja

Tegas Nor Shahlina yang juga rakan baik kepada pengasas produk berkenaan, Datin Reena Zach, pereka fesyen itu sepatutnya bersifat lebih ‘neutral’.

“Baju itu dibeli dengan duit dan bukan dengan air liur. Ia bukan busana yang ditajanya”

“Hormat sikit pembeli baju itu (merujuk kepada dirinya sendiri). Mereka peniaga yang menjalankan perniagaan fesyen sepatutnya faham dengan konsep ‘customer is always right,” katanya lagi.

Rizman Marah

Terdahulu, Rizman Ruzaini terkejut setelah mengetahui koleksi rekaannya itu dipakai selebriti bertudung. Dedah Rizman, baju berwarna putih dengan gaya terdedah pada bahagian bahu tersebut telah dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya menerusi atas talian sejak tiga bulan lalu.

“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.

“Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seseorang yang berhijab.

“Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizaman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu,” kata Rizman

Menurut Rizman lagi, dia telah banyak bekerjasama dengan ramai selebriti berhijab seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan tahu bentuk pakaian yang bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat.

“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.

“Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha,” katanya.

Dalam pada itu, Rizman turut menegur penatarias yang menggayakan Natasha semalam supaya lebih peka dengan imej seorang wanita muslim yang berhijab supaya menjaga sensitiviti masyarakat.

“Satu Jentik Seribu Makna” – Natasha Hudson Akui Kematian Jadi Asbab Kembali Berhijab

Sebagai info, tindakan Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 38, apabila menggayakan busana yang seolah-olah menampakkan bahagian bahu ketika majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White heboh diperkatakan. Bukan itu sahaja, Busan yang dipakainya juga dikatakan mempunyai belahan pada bahagian belakang sehingga menampakkan betisnya sekaligus mengundang kecaman warganet.

baju natasha hudsonNatasha HudsonRizman Ruzaini Natasha hudson
https://lomp.at/iskba
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara