Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Jijik Perangai!” – Pengarah & Selebriti Terkilan Pelakon Wanita Mengumpat Di TikTok

Tindakan pelakon itu hanya akan membuatkan industri seni kelihatan buruk pada mata masyarakat.

by Khai Azfar
June 30, 2021
Share on Facebook

Seorang pelakon wanita ditegur secara terbuka gara-gara sering kali mendedahkan kisah peribadi dan perihal belakang tabir mengenai pengarah dan pelakon yang terlibat di set penggambaran.

Shahrulezad Tegur Pelakon

Teguran itu dibuat oleh penerbit dan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang kecewa dengan tindakan aktres tersebut yang sering kali mendedahkan kisah buruk rakan seindustri di akaun TikToknya. Jelas Shahrulezad, tujuan dia memuatnaik perkongsian itu adalah sebagai teguran kerana tindakan pelakon itu hanya akan membuatkan industri seni kelihatan buruk pada mata masyarakat.

“Tujuan saya muat naik perkongsian itu bukan nak marah dia tapi sebagai teguran. Saya tak nak sebut nama dia sebab kalau saya dedah, saya dengan dia sama saja.
“Dalam keadaan sekarang ini, ramai orang tertekan… sehingga ada yang maki pemimpin, ulamak dan golongan industri juga menjadi kebencian orang. Apa yang dia buat itu seperti dedah aib keluarga sendiri.
“Saya rasa sedih dan kecewa apabila artis sendiri yang menjaja cerita buruk rakan seindustri. Dia menunjukkan betapa kotornya industri dan memburukkan lagi dunia seni,” tulisnya

Meskipun tidak pernah bekerjasama dengan pelakon tersebut namun Shahrulezad terlebih dahulu mengambil langkah berjaga-jaga. Dedahnya, dia sama sekali tidak akan mengambil pelakon itu bekerja di bawah produksinya kerana khuatir akan turut menjadi mangsa umpatan.

“Bila macam ini, sudah tentu orang takut nak dekat dan takut nak ambil dia kerja. Saya tak pernah bekerjasama dengan dia tapi bila macam ini, memang tidak la saya nak bekerja dengan dia.
“Rasa-rasanya, mesti pelakon lain pun takut nak kawan atau kerjasama dengan dia. Takut depan-depan nampak baik, belakang kutuk dan sebarkan aib kepada umum,” katanya lagi

https://www.instagram.com/p/CQsIEfJrjZS/

Pengarah & Selebriti Terkilan Tindakan Pelakon Buka Pekung

Perkara yang sama turut dibuat oleh pengarah Hj Zil yang meminta rakan pengarahnya yang lain seperti Shuhaimi Lua untuk memboikot pelakon berkenaan.

“Aku tengok tadi pun meluat. Siapa budak ini. Popular ke? @budakijat @shuhaimilua_director kita jangan ambil” balas Hj Zil

Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen, selebriti seperti Elvina Mohamad dan Lana Nordin turut mengecam tindakan pelakon itu yang membuka pekung kisah buruk selebriti dan pengarah secara terbuka di media sosial, semata-mata ingin meraih jumlah tontonan dan pengikut yang tinggi.

"Kalau Kena Kat Darah Daging Aku..."- Lana Nordin Kecewa Dengan Pembunuh

Menerusi carian Murai.my pada akaun pelakon tersebut, dia menjelaskan bahawa segala video yang dimuatnaiknya adalah sebagai iktibar buat orang ramai. Menurutnya apa yang berlaku pada set penggambaran serta mereka yang terlibat boleh berlaku pada mana-mana industri. Susulan itu juga, dia memutuskan untuk menutup ruangan komen di aplikasi TikTok kerana enggan netizen memetik nama yang tidak berkaitan kerana khuatir akan menjadi bahan fitnah.

Elvina MohamadHj Zillana nordinShahrulezad Mohameddin
https://lomp.at/n8voy
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara