Tuesday, September 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Kecoh! Pengasas Secret Correa Hamil 7 Bulan Terjatuh Dari Atas Kuda

by Khai Azfar
January 25, 2021
138
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, tular di media sosial mengenai rakaman sebuah video yang memperlihatkan usahawan kosmetik Nor Azila Haji Mohamad Azmi terjatuh daripada seekor kuda.

Sebenarnya Tergelincir

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/01/WhatsApp-Video-2021-01-25-at-12.52.07.mp4

Difahamkan, ketika itu Azila yang merupakan pengasas jenama Secret Correa sedang menunggang kuda di sebuah lapangan namun secara tiba-tiba tergelincir. Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa risau dan tidak kurang segelintir pihak cuba mengecamnya memandangkan Azila sendiri sedang sarat hamil 7 bulan.

“Sesuatu yang luar biasa terjadi semalam apabila video saya jatuh dari kuda,tergelincir sebenarnya tiba-tiba tular di media sosial. Di twitter sepertimana  dimaklumkan”

“Bertubi-tubi panggilan telefon dari keluarga dan kawan-kawan yang risau keadaan saya. Saya faham, mungkin sebab saya tengah sarat mengandung 7 bulan lebih sebab itu ramai yang risaukan keadaan saya” katanya

Kandungan Stabil

Bagaimanapun, Azila menerusi sebuah kenyataan memaklumkan dirinya serta kandungan berada dalam keadaan stabil. Dalam masa yang sama, usahawan ini akui pertama kali menerima kecaman yang hebat daripada warganet.

“Alhamdulillah saya okay sahaja tak ada yang serius setakat ini. Syukur kepada Allah SWT. Masa dapat tahu video saya viral, sempatlah tengok perbualan dekat twitter. Pertama kali kena kecam memang tak terhadam membaca komen-komen netizen yang kata sendiri cari pasal sendiri tanggunglah, cari penyakit dan macam-macam lagilah. Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat.Mental fizikal orang bisnes kena kuat!” tambah Azila lagi

Berpengalaman Sebagai Penunggang Kuda

Menjelaskan lebih lanjut, Azila mendedahkan dia sememangnya seorang penunggang kuda dan menjelaskan kuda miliknya itu digelarkan sebagai White Rose.

Ketika itu, dia ingin menunggang White Rose buat kali terakhir sebelum bersalin kerana menurut Azila menunggang kuda sebenarnya bagus bagi membantu postur ibu yang hamil. Bagaimanapun, tegas Azila aktiviti ini hanya sesuai buat mereka yang berpengalaman dan hanya sekadar melakukan rutin berjalan (ride)

“Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ini bukan tak boleh tapi just kena berhati-hati.Macam dalam video itu sebenarnya saya override saja tapi berlaku sedikit kesilapan teknikal hingga tergelincir. Setakat pusing-pusing joy ride tak apa, melainkan trot@canter dalam arena memanglah tak sesuai dalam keadaan sarat macam ini”

“Sebenarnya saya adalah penunggang kuda dan White Rose adalah kuda saya sendiri.Saya dah lama tak jumpa dia. Rose ibarat anak saya.Saya rindu dekat Rose sebab berbulan jugalah tak jenguk dia. Saja nak melawat dia sebelum bersalin. Tuan kuda dengan kuda kena ada bonding. Sekali sekala kena datang tanya khabar”

“Ride (sekadar berjalan bukan lari) masa mengandung ini sebenarnya bagus,(tak digalakkan untuk newbie)sebab bantu betulkan posture badan ibu hamil. Memudahkan proses bersalin juga!”

“Kuda hanya akan suka org yang tenang. Lagipun tunggang kuda amalan sunnah dan mengajar kita sifat kepimpinan”

“Apapun terima kasih kepada yang menegur, mengecam dan yang mengambil berat terhadap seorang ibu hamil ini”

“Doakan saya selamat bersalin ya” kongsi Azila

Sebagai info, Secret Correa dikenali ramai menerusi produk losyen kurus sejuk yang diiktiraf sebagai terlaris di Malaysia.

Pengasas Secret CorreaPengasas Secret Correa Jatuh KudaSecret Correa
https://lomp.at/8w0kr
Share55Tweet35SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Datin Shahida Tulis Nama Buku Latihan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?..-“Orang Kaya Pun Sempoi…”

  2. 2

    [VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

  3. 3

    5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad

  4. 4

    Daniesh Suffian Pilih ‘Menjauh’ Demi Hormati Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq

  5. 5

    Bella Astillah Anggap Aliff Aziz Tiada Lagi Dalam Hidupnya, Enggan Ulas Walau Bekas Suami Rindu Anak-Anak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem